Inspirasi Dhia

Nak Kenyang Tapi Nak Diet? Amalkan Diet Kenyang Dewi Hughes

Oleh  | 

DEWI Hughes adalah seorang pelakon dan juga seorang pengacara yang lahir pada tahun 1971 dan berasal dari Indonesia. Beliau terkenal dengan diet yang diamalkan oleh beliau yang menyebabkan beliau turun berat dengan banyak dalam masa 15 bulan.

Beratnya yang pada asalnya adalah 150KG turun menjadi 59KG. Beliau membuat keputusan untuk kurus apabila beliau sakit dan susah untuk bergerak ketika beratnya masih 150KG dan terinspirasi apabila melihat seorang nenek yang masih kuat dan mampu berlari di tepi pantai.

Pada ketika beliau berbadan besar, setiap kali berasa sakit beliau hanya sekadar makan ubat tahan sakit sahaja tapi setelah bertahun-tahun, ubat tahan sakit itu pun tak mampu untuk menghilangkan rasa sakit di badannya.

Disebabkan itu beliau memilih untuk mengamalkan diet kenyang demi untuk menurunkan berat badannya. Diet kenyang yang dilakukan oleh Dewi adalah sejenis diet hypnoteraphy yang akan hipnosis diri sendiri untuk sedar tentang berat badan diri dan cuba untuk mengelak dari menambahkan berat badan.

Foto:Unsplash

Ianya membantu Dewi memotivasikan diri untuk memakan hanya sayur dan buah-buahan dan hypnosis kan diri untuk berasa kenyang tanpa mengambil nasi. Selain itu, diet ini membantu Dewi untuk menyediakan alternatif buat beliau jika merasa stress dan ingin makan beliau akan mengambil buah atau sayuran dimakan seperti snek.

Hipnoterapi ini lebih kepada memberi ketenangan untuk mengelakkan stress dan mampu untuk meningkatkan kemampuan dalam mengatur pola makan yang baik.

Kalau korang nak tahu, Dewi makan sayur dan buah-buahan secara mentah dan tidak dimasak dan setiap kali cara beliau menahan godaan makanan adalah dengan mengambil buah dan makan sehingga kenyang.

Jadi kalau korang nak tahu tentang bagaimana Dewi Hughes ni mampu bertahan tanpa memakan makanan lain korang boleh tengok di Youtube channel beliau. Disana beliau ada share banyak tips untuk korang kekal fokus dalam diet kenyang ni.

 

Sumber:Liputan6

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my