Kolaborasi

Nak mekap tapi ‘noob’? Ini panduan untuk ‘newbie’

Oleh  | 

BERSOLEK bukan sahaja boleh buat seseorang itu cantik tetapi dapat meningkatkan keyakinan diri. Bersolek juga sebenarnya ada elemen magis yang mana dengan pemilihan produk yang tepat, pemakaian yang kena dengan tona kulit, wajah seseorang dapat diubah.

Bersolek memang menyeronokkan, tetapi untuk seseorang yang tidak pernah bersolek, agak sukar untuk memulakan tanpa apa-apa pengetahuan. Jadi ini kami berikan panduan, untuk kamu yang nak mekap tetapi tak tahu nak mula macam mana.

 

Belajar daripada video tutorial

 

Kalau kamu buka sahaja Youtube atau Instagram sekarang, sangat banyak video tutorial solekan yang disediakan oleh jurusolek profesional, influencer, artis atau sesiapa sahaja. Untuk seseorang yang mahu berjinak-jinak dengan solekan, tutorial langkah demi langkah sangat sesuai supaya paling tidak, kamu mendapat gambaran awal cara-cara solekan yang betul. Namun kamu perlu ingat, menonton sahaja belum cukup untuk kamu mahir. Kamu perlu aplikasikan pengetahuan solekan kamu ke wajah kamu pula.

 

Beli alat solek kamu sendiri

Ada sesetengah orang, tidak akan mula bersolek selagi tidak ada alat solek sendiri. Jadi, setelah kamu tahu kehendak dan keperluan solekan kamu, apa kata kamu beli alat solek kamu sendiri. Kamu boleh mulakan dengan bajet yang kecil dan sediakan kit solekan asas terlebih dahulu seperti bedak asas, pemerah pipi dan bedak kompak.

Kamu boleh minta cadangan daripada kawan-kawan kamu yang biasa bersolek jika perlu atau cadangan daripada video-video tutorial yang kamu tonton. Sebagai novice, kamu perlu bereksperimen dengan pelbagai jenis produk yang sesuai dengan jenis kulit kamu. Try and error sehinggalah kamu jumpa formula solekan yang sesuai dengan kamu.

 

Ambil kelas solekan

Cara sebenar untuk belajar solekan yang betul ialah dengan mendapatkan latihan daripada pakar solekan. Untuk itu, kamu boleh menyertai mana-mana kursus solekan. Dengan pelaburan sedikit wang dan masa, kamu bukan sahaja mendapat pengetahun dalam solekan, tetapi belajar praktikal secara tidak langsung. Dapat sijil lagi. Silap-silap hari bulan, kamu boleh jadi jurusolek pula, jadikan sebagai kerjaya. Siapa tahu, kan?

Jika kamu sedang mencari-cari kursus solekan yang sesuai, kamu boleh klik di sini. Kursus ini sesuai dengan bajet kamu sebagai first-timer dan pasti berbaloi.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my