Dhiaventure

Nak mengembara solo? Girls, ini tempat untuk korang!

Oleh  | 

“Solo traveling is a beautiful gift

ARE you ready?! Sudah bersedia realisasikan wishlist untuk bergelar pengembara solo? Nah, jangan buang masa, rebut peluang yang ada dan mengembaralah ke serata dunia. Kumpul lebih ramai kenalan, kenali diri dengan lebih mendalam dan nikmatilah lanskap mengagumkan di setiap perhentian. 

Teruja, teruja juga tapi sebagai pengembara solo wanita jangan pulak ambil ringan keselamatan dan keselesaan diri. Selain populariti, pastikan juga destinasi yang dipilih itu mesra dan mengalu-alukan kehadiran pengembara. Iyalah, kalau ada kecemasan senang nak minta tolong (harap-harapnya tak adalah kan).

via GIPHY

Hmm…jadi destinasi mana nak dituju? Kot-kot buntu, bolehlah tengok beberapa destinasi ini. Confirm ada satu yang sangkut! 

1.Reykjavik, Iceland

Ada yang kata, negara ini adalah yang paling selamat bagi pengembara wanita. Bukan sekadar kata, ia dibuktikan dengan penilaian yang dilakukan oleh Vision of Humanity.

Sumber: Unsplash

Menurut apa yang disampaikan, ia begitu selamat sehingga ada yang membiarkan kereta dengan enjin dihidupkan sementara mereka membeli barang keperluan tanpa perlu risau ada yang mencurinya. Lanskap Reykjavik begitu unik bak lukisan dan bagi pengembara solo wanita boleh menikmatinya bersama pengembara solo lain yang menginap di social hostel.

2.Quebec, Kanada

Tahun demi tahun, Quebec juga mendaki senarai destinasi yang perlu pengembara wanita lawati. Selamat untuk memandu sambil menikmati keindahan pemandangan.

Sumber: Unsplash

Quebec ialah tempat istimewa yang menawarkan pemandangan cantik yang tidak berpenghujung. Quebec mempunyai segalanya yang diperlukan oleh pengembara solo wanita seperti pilihan penginapan, makan lazat dan pemandangan cantik yang membuatkan mata tidak berkedip. Suasana yang tidak padat juga merupakan kelebihan bagi pengembaraan ke Quebec.

3.Berlin, Jerman

Dilabel destinasi paling cool di dunia, Berlin memberi peluang kepada pengembara solo wanita untuk menyerlahkan karakter sendiri.

Sumber: Unsplash

Bandar ini dipenuhi dengan orang kreatif, makanan sedap dan pelbagai aktiviti alternatif boleh dilakukan. Rasa selesa berada di Berlin membuatkan kita tidak canggung dan dapat menikmati pengembaraan seperti mana yang diidamkan.

4.Maui, Hawaii

Siapa yang tidak pernah mengidamkan menjejakkan kaki ke Hawaii. Dek populariti yang begitu memuncak, ramai yang merancang berbulan madu ke sana.

Sumber: Unsplash

Begitu pun, ia juga sebenarnya sesuai bagi pengembara solo wanita. Ketika melakukan aktiviti snorkelling, dengan mudahnya akan berkenalan dengan teman-teman baharu. Buat pengembara wanita ingin belajar meluncur tetapi segan, jangan risau ada tempat yang menawarkan kelas khas untuk wanita. 

5.Tokyo, Jepun

Sumber: Unsplash

Kekangan Bahasa mungkin akan sedikit menjengkelkan, tetapi yang lainnya cukup sempurna. Bermula dengan pengangkutan awam sehinggalah memesan makanan di restoran, semuanya cukup sistematik sekali gus membuatkan pengembaraan ke Jepun satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Kini Jepun juga dikenali sebagai master the art of dining alone dan ia dianggap normal. 

6.Lombok, Indonesia

Lombok dibayangkan umpama Bali suatu ketika dahulu, sebelum ia diterokai dan masih kekal dengan ciptaan semulajadi sepenuhnya.

Sumber: Unsplash

Melihatkan Bali yang semakin sesak, sebahagian pengembara membuat lencongan ke Lombok. Bagi yang menginginkan air terjun yang menakjubkan, pantai yang membiru dan suasana yang santai, maka Lombok adalah jawapannya. Bukan sahaja alternaif yang menarik, tetapi bajetnya lebih murah. 

7.Pulau Siargao, Filipina

Bagi yang gemar membonceng motosikal atau teringin melakukannya, inilah tempatnya. Tiada masalah untuk wanita mencuba kerana laluannya yang rata memudahkan pemanduan.

Sumber: Unsplash

Populariti Pulau Siargao sedang meningkat, namun suasananya masih kekal menenangkan. Nikmati pantai yang cantik dan jika ingin mencuba aktiviti meluncur, Pulau Siargao pilihan yang tepat.

Dah decide ke nak pergi mana? Confirm ada yang tersenyum-senyum sambil bayangkan betapa bestnya dapat pergi semua tempat-tempat menarik yang ada dalam dunia. Tak kisahlah mana destinasi yang dipilih…have fun ok!

 

Sumber: bemytravelmuse.com

Penulis: Salwa

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my