DhiaLova

Nak move on dengan tenang? Try lah buang sikap ini

Oleh  | 

BUKAN senang nak move on kan? Sis percaya setiap orang pasti pernah melalui episod patah hati dalam hidup mereka. Bila kita sedang berada dalam fasa kekecewaan, bukan senang untuk kita bangkit semula dan menerima keadaan dengan rela. Tapi bila fikir semula sampai bila kita hendak berada dalam keadaan yang sedih kan? Sebab tu kita perlu kuat untuk move on gadis-gadis semua.

Namun ada beberapa sikap yang perlu korang ubah kalau korang betul-betul nak move on secara total. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sis nak share dengan korang sikap-sikap yang perlu korang ubah kalau korang nak move on dengan mudah. Baca kat bawah ni sampai habis tau.

Ubah sikap malas berusaha

Jaga-jaga. Kalau korang dah terbiasa bersedih dan berada dalam keadaan yang murung, kemungkinan besar korang akan rasa selesa dan mula rasa malas untuk keluar daripada keadaan itu. Kalau korang selalu cakap tak berbaloi untuk rasa bahagia tetapi keadaan masih sama sebenarnya korang silap. Korang yang malas untuk keluar daripada kesedihan itu.

Ubah sikap suka bertangguh

Jangan pernah bertangguh untuk mengejar kebahagiaan sendiri atas alasan-alasan yang tidak masuk akal. Bila korang suka bersendirian dan selesa tanpa gangguan, korang akan jadi seorang yang suka bertangguh dalam apa jua urusan. Tak elok tau sebenarnya.

Ubah sikap suka menyendiri

Sudah-sudahlah tu menyendu girls. Sikap suka menyendiri dan tidak suka bergaul akan menjadikan korang lebih sukar untuk melupakan bekas kekasih korang. Cuba sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti kegemaran korang dan cuba buka hati untuk mengenali orang baru. Apa salahnya berkenalan kan?

Ubah sikap suka memberi alasan

Berhenti beri alasan bila tiba bab untuk move on. Memang susah untuk melupakan orang yang pernah kita cintai tetapi kalau kita terus memberi alasan tanpa ada rasa hendak berusaha keluar daripada keadaan ini, sampai bila-bila korang akan tetap bersedih.

Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Siapa taknak bahagia kan? Tepuk dada tanya selera.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my