D-Life

Nak pakai apa masa malam pertama? Ini dilema pasangan bakal berkahwin

Oleh  | 

SELALUNYA pasangan yang bakal berkahwin akan sibuk membayangi resepsi perkahwinan mereka. Nak wedding bertemakan garden lah, fantasy lah, winter lah dan macam-macam lagi. Begitu jugalah dengan busana di hari bahagia korang. Tapi dalam kesibukan pasti korang akan ambil sedikit masa persiapkan diri untuk malam pertama korang. Lebih tepat lagi nak pakai apa masa malam pertama. Betul tak?

Percaya atau tidak majoriti gadis-gadis yang bakal berkahwin akan mempunyai topik perbualan seperti ini lagi-lagi masa sambut bachelorette party dengan kawan baik yang biasanya akan jadi bridesmaids korang juga. Kalau tak percaya tunggulah masa sesi buka hadiah, confirm korang akan terima hadiah seperti pakaian tidur atau pakaian dalam dari diorang. Nakal tau!

Tapi sebenarnya, lelaki ni sukakan pakaian yang mana ya? Untuk gadis-gadis yang bakal menamatkan zaman bujang weekend ni atau minggu-minggu seterusnya, memang elok sangatlah baca!

“Ada orang cakap tak berpakaian masa malam pertama paling onz”

A big no untuk malam pertama! Huish, agak-agaklah sis. Kalau ada kawan korang yang cakap macam ni jangan percaya. Walaupun masa tengah bersama tu, korang tiada seurat benang pun dekat badan tapi jangan rakus sampai macam tu sekali. Kita bukan hidup zaman batu sis, setiap acara pasti ada pakaiannya yang tersendiri okey. Sebab tu orang kata, salah satu keistimewaan malam pertama akan ditentukan oleh pakaian yang korang ‘pakai’. Tapi lepas berbulan-bulan berkahwin tu kalau nak try tiada masalah, terpulang kepada cita rasa masing-masing.

“Ada orang cakap pakai pakaian dalam pun dah okay”

Ini betul. Korang tak payah pening kepala nak pakai apa. Pakaian dalam ni dah boleh dikira sebagai pakaian harian perempuan tau. Lelaki ni boleh turn on dengan hanya melihat korang berpakaian dalam je. Never underestimate the power of underwear! Tapi janganlah korang samakan pakaian dalam masa pergi kerja dengan malam istimewa korang. Beli lah yang baru dan pastikan corak dan fabrik yang luar dari kebiasaan sikit. Barulah bakal suami faham hint yang cuba disampaikan iaitu korang mahu dan sudah pun bersedia. Aumm!

“Ada orang cakap lelaki ni lebih sukakan pakaian fantasy”

Kalau dah buat keputusan nak berkahwin tu maknanya korang dah betul-betul kenal personaliti pasangan lah kan?  Tapi ada juga yang berkahwin bukan kerana suka sebaliknya kerana ibu bapa. Tak apa, yang penting korang kena kenalpasti pasangan korang ni orang yang bagaimana. Jika pasangan korang suka layan cerita anime, seorang yang adventurous atau seorang yang nakal diorang akan lebih tertarik jika korang pakai pakaian fantasy.

Pakaian fantasy ni ialah pakaian istimewa yang mendatangkan berahi mengikut kehendak diri ataupun pasangan korang. Maknanya, korang perlu ada watak untuk malam pertama korang bergantung kepada tema korang. Ada pasangan yang sukakan tema pejabat yang memerlukan korang memakai pakaian pejabat. Kalau kerja nurse kenalah pakai baju nurse, kalau secretary pakai kemeja dan mini skirt.

Tapi ada juga bakal suami yang suka tengok korang pakai baju kemeja putih dia. Bila korang pakai akan nampak loose, itu yang buat korang nampak lebih sexy. Kalau korang nak tahu bila pakai kemeja, perasaan membuka butang satu-persatu boleh meningkatkan berahi dan merupakan nikmat untuk lelaki tau. Nak tema superhero pun boleh, korang jadilah Cat Woman atau Wonder Woman malam nanti. Hiks!

BACA : Apa nak buat masa malam pertama? Ini detik paling cemas buat pasangan muda!

Apapun, tak dinafikan momen malam pertama adalah benda baharu bagi korang. Normal lah kalau perasaan malu tu mula menebal dalam diri korang lebih-lebih lagi bila majlis korang dah nak dekat. Once dah buat pilihan nak pakai apa korang teruskan sahaja. Sis yakin sebelum korang buat pilihan mesti korang akan terfikirkan pasangan seketika untuk tahu taste dia macam mana kan. So pilihlah dengan berhemah girls!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my