Dhia Glam

Nak pakai baju raya apa untuk nampak kurus ek? Peningnya!

Oleh  | 

HELLO ladies! Masih buntu nak pilih outfit terbaik untuk raya tahun ini? Jangan runsing-runsing sebenarnya apa yang lebih penting, korang kena tahu fabrik bermotif yang macam mana sesuai untuk tubuh badan korang. Tak boleh ambil mudah je tau tentang perkara ni. Takut nanti outfit korang nampak janggal pula di badan kan?

So sebelum memilih pakaian, korang kena tahu jenis bentuk badan korang terlebih dahulu. Untuk mereka yang mempunyai badan yang tinggi dan gempal, Dhia sarankan supaya korang pilih pakaian yang bercorak bunga kecil untuk menampakkan bentuk badan korang kelihatan cantik dan sesuai dengan pakaian tersebut. Siapa je tak nak nampak kurus dan langsing kan?

Bila dah tahu pakaian apa yang sesuai untuk tubuh badan korang, barulah boleh survey baju raya. Baru-baru ini team Dhia berkesempatan menghadiri Fashion Show Mek Kembang Cotton Raya 2019 di Ampang Glass House.  Ternyata jenama yang semakin mendapat tempat dihati golongan wanita dan para selebriti ini tidak pernah mengecewakan. Korang kena tengok koleksi diorang sebab  memang ada motif bunga-bunga pada koleksi kali ni.

Jom tengok satu persatu. Rambang mata juga ye!

FOTO: Mek Kembang Cotton

Tampil dengan koleksi baru sempena raya pada tahun ini,  Mek Kembang Cotton telah memberikan design serta corak baju yang fresh dan confirm cantik! So untuk mereka yang memiliki tubuh yang gempal dan tinggi, korang dah boleh rasa yakin mengenakan kebaya selepas ini okay. Cuma, korang kena bijak pilih motif kain supaya dapat menutup bentuk sebenar korang. Contohnya seperti kebaya yang digayakan oleh model di atas ini.

FOTO: Mek Kembang Cotton

Untuk gadis yang tinggi lampai dan kurus, korang memang tidak ada masalah untuk  gayakan apa-apa jenis fesyen. Untungnya! Untuk look yang lebih klasik dan minamalis, korang boleh cuba gayakan baju kurung moden bermotif seperti ini. Lebih-lebih warna-warna cerah dan nude memang menjadi kegemaran dan trend wanita ketika ini kan?

FOTO: Mek Kembang Cotton

Masih mengekalkan motif bunga kecil pada baju-baju mereka, Mek Kembang Cotton tidak pernah gagal menghasilkan design yang menepati cita rasa wanita zaman kini. Dhia pun rambang mata bila tengok design baju mereka. Tidak hanya untuk wanita sahaja, dekat sini pun ada sediakan baju melayu untuk kaum lelaki juga tau.

FOTO: Mek Kembang Cotton

Selain baju bermotif bunga kecil, korang juga boleh cuba baju yang bermotif bunga atau corak yang besar. Tetapi pastikan warna yang korang pilih bersesuaian dengan bentuk badan korang ye. Untuk mereka yang memiliki tubuh badan yang berisi, korang boleh pilih warna yang lebih gelap kerana warna gelap boleh membantu menyembunyikan bentuk badan yang sebenar. So kalau nak selamat pilih lah warna yang gelap ye.

FOTO: Mek Kembang Cotton

Ha, kalau korang nak tahu, jenama Mek Kembang Cotton ini dipakai oleh artis-artis terkenal dan influencer tau. Antaranya seperti Azar Azmi, Anis Kiss, Izreen Azminda, Elcah dan ramai lagi. So kalau masih confuse macam mana nak bergaya di pagi raya nanti korang boleh lah tengok fesyen-fesyen diorang di Instagram okay?

FOTO: Mek Kembang Cotton

Ini baru sebahagian daripada koleksi diorang, ada banyak lagi sebenarnya. Confirm korang pun dah terpikat dengan design mereka kan? Nak tengok lebih-lebih lagi, pergi usha dekat www.mekkembangcotton.com. Raya pun dah nak dekat ni kan.

Apapun, nak beritahu yang poslaju last pengeposan hari ini tau, takut tak sempat dapat before raya. Tapi kalau tak sempat juga, serbu je lah kedai diorang. Apa susah kan. Selamat shopping semua!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my