Deko

Nak pening apa kalau rumah sempit? Try idea gila kencang ni!

Oleh  | 

WALAUPUN kita tak mampu nak beli rumah selebar dan seluas mata memandang. Tapi korang jangan down sebab ruang yang kecil tetap boleh kelihatan cantik dan padu jika korang kreatif untuk menghiasnya.

Korang hanya perlukan sentuhan daripada alam semulajadi. Korang boleh wujudkan mood segar dengan tumbuh-tumbuhan. Confirm mood korang akan berubah serta merta.

Sebagai permulaan, korang kena ambil tahu apakah spesis pokok yang korang suka. Ketahui cara penjagaannya dan spesis tumbuhan yang korang boleh tanam di rumah. Kebanyakkannya, orang akan memilih spesis philodendron untuk ditanam di dalam rumah.

Lepas itu, korang tengok betul-betul ruangan rumah yang sesuai untuk korang letakkan pokok tu. Carilah ruang yang sesuai dari segi cahaya, dan memudahkan kerja penyiraman. Kalau korang kreatif, korang boleh mengambil keratan pokok lain untuk korang hasilkan spesimen terbaharu. Korang hanya perlukan bekas kaca, air dan cahaya yang cukup untuk ia berakar.

Selain itu, korang boleh bereksperimentasi tumbuhan sebagai hiasan utama di meja dan saidbod. Caranya, korang boleh pilih dulang atau pasu yang boleh menaikkan seri ruangan meja korang itu. Lepas tu, korang hiaslah dengan hiasan macam batu atau kristal.

Dengan adanya tumbuh-tumbuhan di rumah korang. Automatik ia akan memberikan kesegaran yang lain macam selain menghadirkan ketenangan dalam diri korang setelah seharian penat bekerja. Jadi, apa lagi, silalah bercucuk tanam di rumah korang ya!

Sumber: Ikea

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my