Be-You-Ty

Nak pinggang ramping ala Che’ Ta? ikut langkah ini

Oleh  | 

BADAN idaman kamu tidak hanya boleh dicapai dengan rajin bersenam dan beriadah. Kamu wajib menjaga pola pemakanan kamu agar tetap sihat.

Bagi mengawal kalori, ini tiga makanan yang kamu perlu kurangkan pengambilannya bagi memastikan diet kamu menjadi.

Makanan cepat saji

via GIPHY

Malas masak dan nak cepat ? memang makanan cepat sajilah pilihan yang dinantikan. Namun, pengambilan makanan seperti kentang goreng, kek dan makanan mengandungi gula akan  meningkatkan risiko kesihatan. Burger di  restoran cepat saji pula mengandungi lebih lemak dan garam harian. Hati-hati ya kerana engambilan sodium boleh meningkatkan tekanan darah.

Makanan segera

Siapa yang tidak suka makanan yang sedap dan hanya boleh dipanaskan di dalam oven atau direbus di dalam air. Walaupun harga makanan ini murah namun ia mengandungi bahan yang boleh membahayakan tubuh seperti kandungan garam yang tinggi dan bahan perasa seperti monosodium glutimate. Pengambilan yang berterusan boleh menyebabkan kamu diserang darah tinggi dan buah pinggang.

Daging berlemak

Elakkan daging  seperti sosej yang menyimpan lemak dan mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Bertukarlah kepada protein sihat yang berasal daripada ayam dan ikan. Namun itu tidaklah bermakna kamu langsung tidak boleh menikmati daging yang berlemak. Cuma, kamu perlu mengawal kuantitinya di samping memperbanyakkan makanan yang lain seperti telur, oatmeal, dan buah-buahan.

Hello makanan sihat!

via GIPHY

Okay! Kalau sebelum ini kita dah bercakap tentang makanan yang perlu kamu kurangkan. Ini pula antara makanan yang disarankan para diet. Antaranya ialah asam lemak omega tiga yang terkandung di dalam ikan seperti salmon, tuna, sarden dan lain-lain. Kamu juga digalakkan makan kekacang seperti almond dan biji bunga matahari. Ia mengandungi lemak sihat, mineral dan antioksida  yang baik untuk jantung.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my