D-Life

Nak sihat lama? Elakkan melantak makanan-makanan ni

Oleh  | 

PEMAKANAN yang sihat dapat menjaminkan kesihatan yang berpanjangan. Sebabnya, apa yang kita makan memang memberi pengaruh besar terhadap sistem kesihatan kita.

Kalau tak jaga makan, risiko untuk kita menghidap penyakit serius  seperti darah tinggi, kolesterol dan penyakit kencing manis memang tinggi tau.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang beberapa makanan yang korang dah boleh perlahan-lahan tinggalkan kalau korang sayangkan diri korang.

GULA

Ya, siapalah yang boleh hidup tanpa kemanisan dalam kehidupan ini, kan? Gitu! Tapi, kebanyakan makanan memang dah mengandungi gula tau. Apa yang korang boleh buat ialah jangan tambah apa-apa lagi gula dalam minuman dan masakan korang.

GARAM

Pengambilan garam secara berlebihan juga turut merosakkan kesihatan tubuh. Bahaya tau makan terlebih masin ni! Silap haribulan darah tinggi pula.

MAKANAN BERPROSES

Fast food atau processed food seperti biskut-biskut, segala keropok yang dijual dikedai. Kita tak sedar betapa banyaknya kandungan gula atau garam yang kita masukkan dalam badan kita  dan sis rasa kalau kita tahu, mesti korang takut nak makan!

MAKANAN BERGORENG

Pastikan korang tukar secara perlahan kepada makanan yang berpanggang, kukus, rebus atau bakar. Makanan bergoreng dapat mengurangkan nutrien semula jadi. Lagipun kalau minyak banyak sangat untuk menggoreng pun tak bagus tau untuk kesihatan.

BAHAN PENGAWET

Perisa yang dijual seperti ajinomoto, MSG dan bahan pengawet yang lain silalah elakkan. Lebih elok kalau korang guna bawang merah, putih, lada hitam dan lemon ke dalam makanan yang bersesuaian sebagai pengganti perisa tambahan.

Korang boleh slow-slow ubah cara permakanan dengan lebih sihat. Sis pasti korang akan rasa llebih bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian korang. Ingat, apa yang kita makan dapat memberi kesan kepada pola hidup kita tau!

Sumber: Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my