D-Life

Nak tahu petanda badan korang dah penat bekerja?Ini untuk korang

Oleh  | 

KALAU kita dah terbiasa untuk buat kerja yang sama setiap hari.  Kadangkala kita sendiri tak perasan yang badna kita sebenarnya sudah penat mengerjakan sesuatu perkara berulang kali. Kalau korang nak tahu, badan kita ada memberi beberapa petanda tau seolah-olah berkata “I need a break” kepada kita.

Jadi, kalau korang dah mengalami beberapa petanda ini, silalah ambil cuti dan berehat ya.

Tak semangat bangun pagi

Kalau sebelun ini korang akan bersemangat untuk bangun pagi. Tapi tiba-tiba korang rasa lemau dan asyik menunda bila waktu nak bangun. Korang sebenarnya sedang berada dalam situasi yang sangat penat tanpa korang sedar.

Tak semangat kerja

Kalau dulu korang terkenal sebagai seorang yang produktid tapi tiba-tiba merudum menjadi hilang semangat dan asyik tidak siap kerja. Ia menunjukkan korang mungkin bukan penat fizikal tapi penat jiwa. Tekanan yang dihadapi di pejabat boleh menyebabkan jiwa korang berasa sangat lelah. Sebab itulah suasana tempat kerja sangat penting.

Tertekan

Kerja korang makin hari makin banyak jadi ia akan membuatkan orang tertekan. Jika dibiarkan ia akan membuatkan korang tertekan sehingga membawa kepada depresi. Jadi, silalah bertenang dan janganlah asyik berfikir negatif.

Tak berbual dengan orang lain

Korang sangat penat sampaikan korang pun tak ada ada perasaan nak berbual dengan rakan sepejabat apalagi kalau nak berinteraksi dengan rakan kerja. Korang hanya dah duduk diam-diam dan buat kerja dengan baik. Jangan terlalu memaksa. Rehatlah kejap sekali sekala.

Ramai pulak yang tanya korang okay ke tak

Selain itu, ada sahaja yang tanya sama ada korang okay ke tak. Ini kerana korang punya wajah yang tak bermaya itu telah pun dapat dikesan oleh rakan sepejabat. Jadi apa yang korang boleh buat ialah ambil cuti dan pergilah beristirehat. Tinggalkan sekejap apa yang membuatkan kepala korang berat. Larilah kejap daripada masalah yang korang hadapi itu. Selepas itu, mesti tubuh korang akan semakin segar!

Sumber: IDNTimes

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my