DhiaLova

Nak tegur pun ada caranya, jangan sampai mengguris hati pasangan

Oleh  | 

MANUSIA mana je yang tidak melakukan kesalahan. Inilah lumrah manusia. Sebab itu tidak ada salahnya jika korang saling memberi teguran kepada pasangan walaupun kadang-kadang bimbang akan menyakiti hatinya. Namun inilah kenyataan dalam menjalinkan hubungan. Kedua-duanya perlu saling bersedia dalam memberi dan menerima teguran demi kebaikan.

Namun, nak menegur pun ada caranya. Tak bolehlah semberono sahaja melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Sebelum memberi teguran kepada pasangan, lihat diri kita semula. Pernah tak korang melakukan kesalahan yang sama? Pernah tak pasangan korang terguris hati kerana perbuatan yang sama? Jika pernah, mungkin korang perlu untuk lebih rasional dan tenang dalam memberi teguran kepada mereka.

Related image

The 70s Show

Jika korang berniat untuk memberi teguran kepada pasangan, seimbangkan pujian dan teguran agar situasi tidak menjadi tegang. Mulakan dengan memberi pujian dan seterusnya tegurlah pasangan korang dengan cara yang berhemah. Dalam situasi macam ni, korang kenalah jadi air supaya pasangan tidak berfikir yang korang ni tahu nak cari kesalahan diorang 24 jam je. Jika perkara ini berbalik kepada korang pun, mesti korang akan fikir benda yang sama. Confirm korang pun nak pasangan tegur secara baik lah. Betul tak?

Image result for jackie and hyde

The 70s Show

Selain itu, jika hendak menegur pastikan sesuai dengan keadaan dan masa. Janganlah menegur ketika pasangan dalam keadaan beremosi. Itu memang mengundang untuk memulakan perbalahan. Sebaiknya apabila korang lihat pasangan dah bertenang dan berada dalam mood yang baik, mulakan perbincangan dengan perkataan-perkataan yang baik terlebih dahulu. Menegur pada masa yang sesuai perlulah dielakkan ya.

Image result for jackie and hyde

The 70s Show

Ha, nada suara juga memainkan peranan yang penting apabila hendak menegur seseorang tau. Seseorang itu akan menerima teguran dengan lebih terbuka apabila korang menegurnya dengan nada yang rendah. Bila tegur dengan nada yang tinggi, mesti pasangan akan respon dengan nada yang tinggi juga. Itulah perlunya sikap bertoleransi lebih-lebih lagi ketika sedang berbincang.

Image result for jackie and hyde

The 70s Show 

Walau bagaimanapun, jangan pernah takut untuk memberi teguran kepada pasangan sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati korang. Jangan sesekali pilih untuk berdiam diri , lama-lama boleh makan hati sendiri. Kalau macam tu masalah tak akan selesai juga sis!

Bagi yang menerima teguran pula, korang perlu terima teguran dengan hati yang terbuka. Korang kena faham yang semua manusia tidak sempurna. Lain orang lain cara dan pandangannya. Yang penting tak semua orang terlepas dari masalah. Sama-sama give and take, semua ni pun untuk kebaikan dan kesejahteraan bersama gitu. Jangan grumpy sangat tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my