Be-You-Ty

Nak termuntah bau kaki tu! Amalkan tips-tips ni sebelum orang lain muntah

Oleh  | 

PUAS berjalan-jalan kesana kemari tak ada maslaah, tapi tiba-tiba korang nak kena masuk restoran atau tempat yang memerlukam orang untuk bukak kasut. ‘Alamak’ terdetik dalam hati, takut kaki korang berbau busuk dan kalau orang lain tegur ni malu aku!

Korang pun mula la nak cari pelbagai alasan dan cuba untuk buat macam-macam untuk hilangkan bau kaki tu. Ha! Korang ingat senang ke bau yang menyengit hidung tu nak hilang?

Tak apa geng, dengan sis tak payah malu. Sis kongsikan dekat korang 5 petua yang korang kena rajin amalkan. Sudah-sudah lah tu siksa hidung orang okay? Jom baca.

 Air garam

Korang isikan baldi dengan air separuh air dan masukkan 1/2 cawan garam. Biarkan ia larut dan korang rendamkan kaki tu selama 20 minit. Kalau korang nak ia berkesan, jangan buat sekali je! Amalkan setiap hari selama dua minggu. Garam ni berfungsi untuk mengurangkan peluh pada kaki dan bakteria pun berkurang!

Cuka

Kalau tak nak gunakan garam, korang gunakan cuka untuk rendamkan kaki selama setiap hari dalam seminggu. Caranya mudah sahaja, korang campurkan satu bahagian cuka bersama dua bahagian air dalam besen atau bekas yang bersesuaian.

Air rebusan teh

Kalau cuka pun tak nak guna, okay sis cadangkan lagi satu iaitu, dua uncang teh hitam dan satu jag air dalam periuk. Rebuskan teh tadi tu selama 15 minit. Dah settle, korang rendmkan kaki tu dalam air rebusan tadi selama 30 minit. Amalkan dalam seminggu, setiap hari sekali. Kandungan bahan dalam teh tu boleh mengecilkan liang roma pada kaki supaya peluh dan bakteria berkurangan.

Stokin 

Pemakaian stokin yang bersesuaian merupakan salah satu langkah yang penting. Jadi korang kena pastikan korang pakai stokin yang diperbuat daripada kapas dan nilon sahaja supaya kaki korang mempunyai ruang untuk bernafas.

Tepung jagung

Kalau dekat rumah korang tak ada semburan disinfectant, korang boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak talkum sebelum korang keluar. Fungsinya dapat membantu meresap kelembapan dalam kasut tu.

Sis harap tips-tips ni dapat membantu korang dalam masalah ni. Jangan malas ya!

Sumber:Siraplimau

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my