Serious?!

“Nak tunjuk kau hot la?”- video IG konsert jelajah As’ad Motawh dikecam

Oleh  | 

SETELAH memulakan konsert siri jelajah The Percaya Tour, penyanyi yang sedang meningkat naik As’ad Motawh nampaknya tidak boleh lari daripada kecaman.

Viral dilaman sosial baru-baru ini cerita penyanyi As’ad Ahmed Mohamed Motawh dipeluk oleh seorang wanita semasa sedang membuat persembahan.

Rata-rata terkejut dengan insiden itu dan tidak kurang juga ada yang membuat andaian bahawa ia adalah gimik semata-semata.

Namun, menurut portal tempatan, gadis itu mengakui tidak sengaja memeluk As’ad dan bukannya dibayar oleh sesiapa seperti spekulasi yang dikatakan kebayakan orang.

Video siri jelajah untuk lokasi pertama baru sahaja dimuat naik As’ad semalam menerusi akaun rasmi Instagram nya.

Namun, rata-rata tidak bersetuju dengan babak ‘As’ad dipeluk’ yang turut dimuatkan di dalam video berkenaan.

Dalam dunia artis ini, memang mustahil nak puaskan hati semua orang. Apapun semoga tak ada lagi insiden berpeluk-pelukan dalam konsert jelajah selepas ini.

Konsert jelajah As’ad akan bersambung di beberapa lokasi lain seperti Melaka, Johor Bharu, Sungai Petani, Pahang dan Kota Kinabalu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my