D-Life

Nak ubah style rambut? Jom tengok 5 gaya selebriti muda Malaysia ni

Oleh  | 

BERGELAR seorang selebriti, pasti sahaja penampilan mereka pasti akan mendapat perhatian orang ramai. Termasuklah juga hal-hal tentang style rambut, kan? Silap haribulan ramai peminat yang akan mengubah gaya rambut mereka kerana mengikuti jejak langkah artis kesayangan mereka.

Kalau korang masih tercari-cari apakah gaya rambut yang sesuai untuk tahun hadapan. Apa kata kita tengok sikit antara gaya yang pernah dipilih oleh selebriti Malaysia ini untuk rambut mereka.

Izara Aishah

Pelakon dan model yang seorang ini selalu sahaja mencuri perhatian orang ramai dengan penampilannya yang selalu menyerlah di majlis-majlis. Gaya rambut ini memang kelihatan agak messy tapi sangat cantik, geng! Ramai juga model yang pilih gaya rambut ini tau sebab senang tak perlu nak berdandan lama-lama.

Mimi Lana

Siapa yang tak suka tengok si cantik Mimi Lana ini bergaya, kan? Ha, gaya rambut yang curly begini pun boleh menampakkan korang lebih comel daripada biasa. Bila ditiup angin bukan main lagi dia menampakkan keanggunan korang.

Ayda Jebat

Tampil dengan gaya pixie cut, Ayda Jebat menarik perhatian ramai dengan potongan rambut pendek buat pertama kalinya. Walaupun ia adalah kelainan yang ditampilkan untuk memenuhi watak lakonannya untuk drama bersiri baru. Tapi kalau korang jenis yang sangat sibuk, gaya begini memang sesuai untuk korang.

Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana adalah antara penyanyi yang suka bereksperimen dengan gaya rambut yang menarik. Zizi suka memilih warna rambut  yang rare seperti hijau, blonde, dan purple macam ini. Warna rambut seolah-olah memberi identiti kepada penyanyi ini.

Sajat

Ha, jangan tak tahu tau usahawan selebriti ini juga selalu memilih gaya rambut yang pelbagai. Dia pernah bergaya ala-ala Elsa dalan Frozen tau. Gaya rambut lurus macam ini pun senang sangat nak diurus dan paling penting boleh menampakkan wajah korang lebih kecil. Cantik, kan?

Baiklah, itulah antara gaya rambut artis yang korang boleh jadikan inspirasi. Ubahlah penampilan korang untuk beri aura baru nak masuk tahun baru tak lama lagi tau. Yea!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my