Be-You-Ty

Nampak biasa tapi penting! 5 langkah penting untuk menjaga seri wajah

Oleh  | 

KESERIAN wajah merupakan sesuatu perkara yang memerlukan penjagaan yang tetap. Sebagai contoh, kalau kita setakat menjaga seri muka dua minggu je, memang akan kusam muka tu.

Nak menjaganya pula kena ada cara yang betul. Kalau menggunakan cara yang salah, memang tak naik keserian wajah tu.

Jadi, hari ini sis nak bantu korang untuk mengekalkan keserian wajah tu dengan cara yang mudah. Jom baca!

Aturan cuci muka

Mencuci muka dengan cara yang teratur adalah salah satu langkah penting untuk mengekalkan keserian wajah tu. Bila korang mengekalkan rutin yang betul, barulah kulit akan bertambah segar dan bersih.

Produk mencerahkan kulit

Sis cadangkan dekat korang untuk menggunakan produk mencuci muka yang mempunyai fungsi mencerahkan kulit. Kalau susah nak jumpa, boleh saja korang gunakan yang mengandungi vitamin c.

Kelembapan kulit

Menjaga kelembapan kulit merupakan satu perkara yang asas dalam rutin penjagaan kulit muka. Kalau korang biarkan kulit muka tu kering je, makin kusam nanti dan kedut pun akan singgah!

  

Antioksidan

Selain dari penjagaan, pengambilan makanan juga adalah amat penting untuk membantu mengekalkan keserian wajah tu. Bukan setakat itu sahaja, kulit korang pun akan menjadi lebih sihat kerana mempunyai cukup khasiat. Banyakkan makan makanan seperti kekacang, anggur dan buah beri!

Pakar kulit

Untuk membantu korang memahami dengan lebih mendalam tentang kulit muka tu, atau pun korang dah cuba macam-macam tapi masih lagi tidak berkesan, jangan takut untuk berjumpa dengan pakar kulit untuk mendapatkan nasihat yang baik.

Sembang pasal menjaga keserian wajah ni, korang boleh check out superdeals, ada produk menjaga kelembapan kulit yang tengah dalam promosi!

Sumber:mstar

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my