Oh-Oh-Tee-Dee

Nampak cantik dalam Crash Landing on You, Ini harga outfit Son Ye Jin

Oleh  | 

DEMAM drama percintaan Korea Crash Landing on You masih lagi diperkatakan oleh penonton apabila ia berjaya meraih rating paling tinggi mengalahkan siri Goblin sebelum ini. Bukan hanya jalan cerita dan runut bunyi yang menarik. Antara yang menjadi perhatian dalam drama ini ialah outfit yang dikenakan Yoon Se Ri lakonan Son Ye Jin.

Kalau dah namapun jutawan dan fashion icon, mestilah baju-baju yang dikenakan pun cantik dan berjenama. Jom kita tengok apakah jenama baju yang ada dalam drama ini.

via GIPHY

Simple tapi elegan, ini ialah long coat Son Ye Jin dari jenama terkemuka Max Mara. Ini dipakai sewaktu babak perpisahan di sempadan Korea Utara dan Selatan. Harganya kira-kira 15 ribu ringgit.

Betul-betul nampak macam lady boss, Ye Jin mengenakan tweed jacket dari jenama Chanel. Harganya lebih kurang 28 ribu ringgit. Gila la.

Jacket cantik gila dan mewah ini daripada brand Celine. Jangan telan air liur sebab harganya mencecah 86 ribu ringgit.

Nampak selesa dalam cardigan biru, baju jenama Rochas ini pun berharga 4 ribu ringgit.

Siapa ingat scene di mana Se Ri pergi cari samseng untuk selamatkan Hyun Bin? Dia menyarungkan  long coat dari Bottega Veneta berharga RM20 ribu ringgit.

Menghiasi poster rasmi drama ini, Ye jin mengenakan long coat dari Miu Miu yang harganya mencecah RM 17 ribu.

Patutlah cantik, harganya pun cantik menyamai sebuah kereta. Mana satu pilihan hati korang? Roger sikit.

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my