Oh-Oh-Tee-Dee

Nampak lebih stylo November ini, jom cuba 5 gaya yang ‘simple yet fashionable’

Oleh  | 

BILA dah masuk bulan baru ini, apa kata korang cuba ubah sikit penampilan agar tak la rasa sama dan sendu setiap hari. Penampilan berbeza sebenarnya memberikan aura yang lain sehingga kita lebih berasa yakin dan bahagia untuk bekerja.

Outfit yang betul dan selesa adalah kunci untuk menjadikan November korang lebih bermakna. Bukan itu sahaja, korang pun akan kelihatan lebih muda jika pakaian yang korang pilih kena pada badan korang. Berikut adalah beberapa pakaian kasual yang korang boleh pakai untuk nampak lebih mudah dan trendy.

via GIPHY

Denim jacket

Girls, ini adalah benda yang wajib ada dalam almari pakaian korang. Ia adalah pakaian yang long lasting dan korang hanya perlu pakai dengan t-shirt. Zass, dengan sekelip mata korang akan nampak lebih stylo!

Sweater

Kalau korang jenis sibuk, sweater dengan printed berbentuk hati adalah pilihan terbaik. Ia akan menampakkan korang lebih cerita dan bersedia menghadapi aktiviti seharian.

Waisted pants

Kalau korang pakai crop top, boleh gandingkan dengan waisted pants untuk menampakkan korang nampak lebih chic!

Skirt floral  dan sneakers

Kalau korang jenis yang banyak bergerak. Korang boleh pakai skrit berbunga. Nak nampak lebih muda, apa kata korang pakai dengan sneakers.

Hoodie

Antara style lain korang boleh cuba ialah pakai hoodie dengan tone yang lebih polos. Untuk seluar pula, apa kata korang padankan dengan jeans yang lebih cerah.

 

Long outer

Sebenarnya outer item pun boleh buat korang nampak lebih trendy. Bahagian dalam pula korang hanya perlu sarung basic  t-shirt.

Begitulah antara style yang korang boleh kenakan sepanjang November ini. Mana satu yang korang berkenan?

Sumber: IDN Times

 

Nak berbelanja tapi nak penjimatan? Poplook ada buat sale guys!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my