D-Life

Makanan ini nampak je sihat, tapi sebenarnya tinggi gula!

Oleh  | 

GULA salah satu komponen penting dalam diet sehari-hari manusia. Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan, pengambilan gula bagi setiap orang dewasa ialah tidak lebih 10 sudu teh sehari (50g).

Di Amerika pula, American Heart Association menganjurkan penggunaan gula hanya 36 gram untuk lelaki manakala 24 gram bagi wanita.

Sumber utama gula sebenarnya ialah daripada karbohidrat. Oleh sebab itu, kamu sebenarnya perlu selektif dalam pemakanan supaya kandungan gula dalam badan kamu tidak berlebihan.

Tetapi kamu perlu ingat, tidak semua makanan bergula. Ada satu yang lebih penting, ada sesetengah makanan yang kami fikir tiada kandungan gula, sebenarnya mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Ini kami senaraikan empat makanan untuk kamu perhatikan, supaya kamu tak ‘makan’ gula secara berlebihan!

 

Oatmeal segera

FOTO: Pexels

Banyak orang beranggapan semua jenis oatmeal menyihatkan dan rendah kolestrol. Tetapi tidak untuk oatmeal segera (instant oatmeal). Setiap paket oatmeal segera sebenarnya mengandungi 14 gram gula. Oleh itu, kamu disarankan untuk rendam oatmeal semalaman terlebih dahulu sebelum menggunakan oatmeal segera. Campurkan setengah gelas oat dengan setengah gelas susu. Kamu akan dapati tekstur oat akan lebih sempurna pada sebelah pagi.

 

Granola

FOTO: Unsplash

Granola juga selalu dianggap sebagai makanan yang sihat, tetapi jangan mudah tertipu! Granola selalu dicampurkan dengan pemanis seperti sirap maple, madu dan lain-lain dalam jumlah yang banyak. Justeru, ketika membeli granola, sentiasalah tengok-tengok bahan yang digunakan pada label. Pastikan granola tersebut lebih banyak serat dan kurang kandungan gula.

 

Makanan sejuk beku

Meskipun penyediaannya sangat praktikal dan sedap dalam masa yang sama, tetapi ada sesetengah makanan sejuk beku sebenarnya mengandungi sekitar 20 hingga 40 gram gula dalam setiap sajian. Kamu juga harus berhati-hati dengan makanan yang ada label rendah lemak atau tanpa lemak. Selalunya makanan sejuk beku yang diambil kandungan lemaknya digantikan dengan sesuatu yang lain, dan selalunya sesuatu yang lain itu ialah gula atau garam.

 

Roti tawar

Nama sahaja tawar, tetapi roti juga boleh mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ada sesetengah roti, bahan yang digunakan ialah fruktosa tinggi dan juga sirap jagung. Biasakan membaca komposisi nutrisi pada label roti kerana tidak semua roti mengandungi gula.

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my