Borak Fesyen

Nana suka tengok Scha Alyahya gayakan ‘outfit’

Oleh  | 

NAMA Nana Mahazan sememangnya tidak asing lagi dalam bidang pengacaraan. Kepetahannya dalam berbicara sememangnya menjadi trademark ibu kepada dua orang cahaya mata ini lebih-lebih lagi Nana juga dilihat sebagai seorang selebriti yang  sangat trendy dan stylo dalam berfesyen.

Team Dhia sempat menemu bual Nana pada majlis rumah terbuka Shopee baru-baru ini. Menurut Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan, dia bukanlah seorang yang terlalu mengikut aturan dalam berfesyen. Apa yang penting adalah pakai apa yang kita selesa dan sentiasa mengikuti trend terkini.

“Saya bukanlah seorang yang terlalu taksub dalam berfesyen. Pada saya, saya hanya berfesyen untuk kepuasan diri dan mengikut trend namun tidak terlalu keterlaluan. Pakai apa yang kita selesa dan suka tanpa fikir perspektif orang lain terhadap kita”

Related image

Ditanya mengenai jenis-jenis fesyen yang digemari, Nana lebih memilih untuk tampil simple dan kasual. Wanita berusia 36 tahun ini juga sangat menekankan keselesaan outfit terutamanya dari segi fabrik.

“Saya rasa saya lebih sukakan gaya yang ringkas dan tidak terlalu feminin. Maklum lah saya ini aktif orangnya, Saya lebih memilih untuk menggayakan pakaian yang senang bergerak dan menyerap peluh. Saya juga seorang yang praktikal dan sangat menggemarkan pakaian yang berwarna terang”

Menurut Nana, fesyen yang dipilih dengan warna-warna yang ceria menggambarkan personaliti dirinya yang sememangnya terkenal sebagai seorang yang happy go lucky. Tambah Nana lagi, ada ketika dia juga gemar menggayakan pakaian berwarna hitam kerana warna ini lebih selesa dan menggambarkan personaliti dirinya yang lain.

Menjadikan Scha Alyahya sebagai idolanya dalam berfesyen, Nana mengakui sangat mengagumi cara Scha Alyahya menggayakan pakaiannya. Pada pandangan Nana, Scha merupakan salah seorang contoh ikon yang tampil simple bersahaja tetapi tetap kelihatan stunning dan hypebeast.

Image result for nana mahazan 2019

“Saya sangat suka melihat cara Scha menggayakan outfitnya. Dia tidak perlu try too hard untuk tampil bergaya namun tetap kelihatan menarik. Selain Scha, saya juga menjadikan Victoria Beckham sebagai rujukan untuk saya berfesyen. Pada pandangan saya, mereka merupakan ikon fesyen yang hebat,” ujar Nana lagi.

Oleh kerana Nana seorang yang bersahaja tidak kira sikapnya mahupun dalam berfesyen, Sis sempat meminta sedikit tips untuk mendapatkan keyakinan diri dalam berfesyen kepada Nana.

“Pakai apa yang kita selesa dan suka. Jangan sesekali tiru cara pemakaian orang lain kerana apa yang mereka pakai tidak semestinya sesuai dengan kita. Sebenarnya fesyen yang paling sesuai dengan kita adalah fesyen yang kena dengan personaliti kita,” jawab Nana.

Related image

Selain sering tampil stylo dalam berfesyen, Nana juga merupakan pemilik jenama Nana Mahazan Beauty Products. Bermula dengan menjual berus solek, kini jenama Nana Mahazan semakin berkembang dengan produk lain seperti gincu, make up sponge, eyebrow pencil dan banyak lagi. Selain mempunyai website sendiri, produk Nana juga boleh didapati di aplikasi Shopee. Korang kalau nak usha-usha boleh pergi search nama Nana Mahazan dekat sana okay.

Apa-apa pun, Dhia ucapkan good luck kepada Nana dalam apa jua bidang yang diceburinya. Stay stylo sis!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my