D-Life

Nangis boleh turunkan berat badan! Apalagi, tengoklah drama Korea

Oleh  | 

BANYAK betul cara nak kurus ni. Rupa-rupanya menangis pun boleh kurus. Kalau sis tahu, tak adalah sis habiskan banyak masa dengan gym untuk turunkan berat badan.

Tapi tak semua tangisan boleh hilangkan berat badan tau. Ada waktu-waktu tertentu juga kalau nak dapatkan efek yang lebih. Ha! Masa terbaik nak nangis yang siap boleh turunkan berat badan ialah pada waktu malam.

via GIPHY

Dr. Aaron Neufeld dari Los Altos Optomectric Group menyatakan ada tiga jenis tangisan tau iaitu Basal, Refleks, dan Fizik. Air mata Basal ni yang buat mata jadi lembap. Refleks pula akan terhasil kalau berlakunya iritasi pada mata. Manakala yang fizik ni akan terjadi kalau ia mempengaruhi perasaan dan emosi kita.

Mana satu yang boleh turunkan berat badan ni? Semestinya yang ketiga! Kajian yang pernah dilakukan oleh ahli kimia William Frey menyatakan menangis boleh mengeluarkan zat beracun yang berpunca daripada tekanan.

via GIPHY

Kalau nak kurangkan berat badan, kajian kata kita kena menangis antara pukul 7 hingga 11 malam.  Kerana ia adalah waktu puncak yang boleh memaksimumkan pengeluaran kortison.

Ha, amacam? Bolehlah kita sama-sama tengok cerita dan menangis berjemaah. Betul Tak? Ok la, sis nak pergi ajak kawan-kawan lepak rumah sis malam ni.

Sumber: Walipop.detik. com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my