Be-You-Ty

Nangis bukan tanda lemah, rupanya air mata ada magisnya sendiri!

Oleh  | 

SEMUA orang ada cara masing-masing menangani tekanan. Ada yang jenis menonton filem komedi bersama kawan-kawan, menghirup teh atau mencari kawan agar boleh melepaskan beban di kepala.

Tahukah kamu bahawa semua perkara di atas tidak akan mampu untuk membuang stres. Nak tahu cara apa yang paling efektif? Menurut sarjana Jepun, cara yang paling berkesan untuk mengatasi tekanan ialah menangis.

“Menangis adalah cara paling berkesan  untuk mengatasi tekanan  berbanding ketawa dan tidur,” kata Hidefum Yoshida yang merupakan seorang mantan guru sekolah menengah.

via GIPHY

Yoshida terkenal di Jepun dengan jolokan ‘namida sensei’ atau guru air mata. Beliau banyak merancang aktiviti kuliah dan di mana-mana syarikat sekitar Jepun untuk menekankan manfaat dan kebaikan menangis.

Menurutnya, air mata boleh dihasilkan dengan mendengar muzik, menonton filem sedih ata membaca buku yang menyentuh emosi.

Pada tahun 1981, sebuah kajian bertajuk “Tear Expert” yang dihasilkan oleh Willian Frey dari University Minnesota ada mneyatakan bahawa menangis boleh melepaskan endorphin sehingga memunculkan kembali perasaan bahagia dan aman.

Selain itu, terdapat juga kajian lain iaitu pada tahun 2008 yang menyatakan menangis sebenarnya mampu membuatkan orang berasa lega setiap kali terperangkap dalam sebuah situasi yang sulit.

via GIPHY

Kajian yang dijalankan melibatkan 3 ribu peserta ini telah menyimpulkan kepada kita bahwa menangis adalah sebuah bentuk terapi terutamanya jika kita berada dalam situsi yang menekan. Oleh itu, menangislah. Kalau perlu, menangislah di bahu seseorang yang kita cinta dan percaya.

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my