Serious?!

Neelofa beli ‘followers’ palsu di Instagram?

Oleh  | 

BARU-baru ini kecoh kononnya pengacara, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dituduh membeli pengikut palsu di Instagram. Alamak, biar betik? Tak mungkinlah selebriti bereputasi tinggi seperti Neelofa buat macam tu kan?

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter, Khalid (@khalid) yang turut mendedahkan 9 akaun Instagram selebriti lain yang turut membeli followers palsu antara lain Yusuf Iskandar, Nora Danish, Hanis Zalikha, Zizan Razak malah Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir!

Dalam kemas kini yang diberikan, Khalid mendapat angka-angka berkenaan melalui satu aplikasi atas talian (https://igaudit.io/) yang dibangunkan oleh barisan jurutera yang dikatakan berpengalaman berkerja di NASA, Facebook dan Snapchat.

Jumlah angka followers palsu dan senarai selebriti yang didedahkan undang spekulasi ramai termasuk netizen di media sosial.

 

Neelofa persoalkan niat

Perkara ini mendapat perhatian daripada Neelofa sendiri. Melalui laman portal BH Online, Neelofa berkata beliau tidak begitu pasti apakah motif sebenar individu terbabit berkongsi senarai tersebut dan mempertikaikan kesahihannya.

“Apabila dia menggunakan terma pengikut palsu, ramai yang mula beranggapan lain. Kenapa perlu dia berbuat begitu? Ia membuatkan ada orang salah faham apabila mereka ingat saya membeli pengikut di Instagram,” kata beliau.

Neelofa mempertegas, individu tersebut (Khalid) sepatutnya menggunakan terma ‘bad followers’  atau mereka yang memang mencipta akaun palsu untuk menghentam seseorang individu yang tidak ubah seperti ‘haters’.

“Daripada saya didakwa kononnya membeli lebih sejuta pengikut palsu, lebih baik saya beli 10 juta,” kata Neelofa berseloroh.

Ditanya mengenai individu tersebut, Neelofa mengakui beliau memang mengetahui serba sedikit identiti lelaki terbabit.

“Lelaki itu adalah kawan kepada kawan kakak saya. Saya difahamkan, dia individu yang sepatutnya diundang ke sebuah program TV bagi membincangkan topik mengenai perkara berkaitan pengikut di laman sosial,” katanya.

 

Sumber:  BH Online

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my