Dhiaventure

Negara Asia ini nombor satu dalam top 10 pasport terkuat di dunia!

Oleh  | 

BERTAHUN-tahun negara Eropah menduduki carta teratas dalam senarai pasport negara terkuat di dunia. Namun untuk tahun 2019, negara Asia telah muncul menduduki tangga pertama mengalahkan mana-mana negara Eropah.

Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan Pasport Index 2019, Jepun telah dinobatkan sebagai negara nombor satu yang mempunyai pasport terkuat di dunia. Ini kerana, Jepun bebas untuk berkunjung ke 190 negara daripada 195 jumlah negara yang ada di dunia.

via GIPHY

Posisi kedua pula disandang oleh Singapura dan Korea Selatan yang bebas visa untuk ke 189 buah negara. Terus mengungguli carta ketiga, negara Perancis dan Jerman pula bebas untuk masuk ke 188 buah negara.

Secara purata, masyarakat dunia pada tahun 2019 akan lebih mudah melancong ke negara lain. Situasi nampaknya sudah berbeza jika hendak dibandingkan dengan pola pelancongan pada tahun 2006 yang hanya memiliki akses bebas visa ke 58 negara sahaja. Namun pada hari ini, ia telah meningkat sehingga 107 buah negara.

via GIPHY

Berikut adalah senarai top 10 negara yang memiliki pasport paling kuat di dunia berserta bilangan negara bebas visa,

  1. Jepun (190)
  2. Singapura, Korea Selatan (189)
  3. Perancis, Jerman (188)
  4. Denmark, Finlandia, Italia, Sweden (187)
  5. Luxembourg, Sepanyol (186)
  6. Austria, Belanda, Norwegia, Portugal, Swiss, United Kingdom, Amerika Syarikat (185)
  7. Belgium, Kanada, Yunani, Irlandia (184)
  8. Republik Ceko (183)
  9. Malta (182)
  10. Australia, Islandia, Selandia Baru (181)

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my