Serious?!

Netizen ini sekolahkan pengguna ‘public transport’ di Malaysia menggunakan emoji?

Oleh  | 

KALI ini Dhia nak kongsi satu cerita menarik yang Dhia dapat dari twitter. Pemilik akaun twitter yang bernama @halalbitvh telah memuat naik beberapa gambar yang di edit menggunakan emoji. Menerusi gambar yang telah dimuat naik,  @halalbitvh ataupun Zarep telah ‘menyekolahkan’ pengguna yang tidak berhemah kerana tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan semasa ingin menggunakan pengangkutan awam. Ha, korang yang tak ikut peraturan tu kena baca ni!

FOTO: Twitter @halalbitvh

“Escalator ni kalau korang just nak berdiri and tak urgent, berdiri lah kat belah kiri!”

“Bagi la orang kat dalam koc tu keluar dulu. Kau bayangkan eh dia terlepas station tak ke kesian dia nak patah balik tukar train,” 

Tweet ini telah meraih retweet sebanyak 5.4k dan 2.2k likes. Ternyata pemuda ini sangat kreatif menyampaikan teguran menerusi emoji sahaja. Bila difikirkan balik betul juga apa yang Zarep ni nak sampaikan. Sesiapa yang pernah naik pengangkutan awam seperti MRT atau LRT mesti akan rasa situasi yang macam ni. Lagi sakit hati bila orang main terjah masuk tanpa beratur semasa train datang. Adab kat mana uolss?

Selain dapat meraih retweet yang agak banyak, ramai netizen yang memberi respon terhadap tweet Zarep ni. Ada yang menyokong dan ada juga yang menceritakan pengalaman mereka sendiri.

FOTO: Twitter @halalbitvh

 

FOTO: Twitter @halalbitvh

FOTO: Twitter @halalbitvh

Zarep nampaknya bukan sahaja memberi teguran di station ataupun dalam train sahaja, dia telah memuatnaik sekeping lagi gambar tentang adab semasa berada di kedai makan atau restoran.

FOTO: Twitter @halalbitvh

“Lepas makan tu, pinggan boleh stack tak. Tau la ada waiter tapi tak salah kot senangkan kerja diorang,”

Haaa, betul tu. Tak salah kan kalau kita ringankan kerja waiter. Bukan kita sorang je pelanggan kat kedai tu kan. Kalau kita tolong orang sekarang satu hari nanti kita akan dibantu pula. Betul tak?

Kita sesama pengguna kena lah prihatin kepada pengguna lain. Tak kira lah walau di mana kita berada sekalipun. Jangan fikirkan diri sendiri je sebab semua orang yang naik pengangkutan awam pun nak sampai ke destinasi mereka juga dan jaga kebersihan dekat kedai makan pun untuk kepentingan kita bersama. Don”t be selfish okay?

1 Comment

  1. Zarif Aiman

    26 February 2019 at 12:18 pm

    Good job!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my