Serious?!

Netizen tuduh Mawar Rashid sembah berhala? Apooo!

Oleh  | 

APALAH netizen zaman millennium ni kan? Lain yang dibuat, lain yang dianggapnya!

Baru-baru ni kecoh di media sosial apabila pelakon Mawar Rashid memuat naik foto dan video adat budaya yang kononnya menyerupai agama lain. Ramai netizen ‘membawang’ di media sosial kononnya hand gesture tersebut memperlihatkannya seperti menyembah berhala.

 

View this post on Instagram

 

#MawaRafBersiram Throwback 8/11/17

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Semua orang memang sedia maklum, Mawar Rashid sememangnya berdarah kacukan Melayu dan Thai. Ibu Mawar Rashid sendiri sememangnya orang Thai tulen dari Chiang Mai, jadi sedikit sebanyak, Mawar mengamalkan beberapa adat dan budaya Thai.

Reaksi netizen mendapat respon daripada Raf Yaakob, suami Mawar Rashid. Kata Raf, perbuatan Mawar tersebut tidak salah di sisi agama kerana itu merupakan adat dan asal-usul keturunan Mawar. Nenek, datuk, ayah saudara serta ibu saudara Mawar masih lagi di Chiang Mai.

“Simbol tangan itu memang adat orang Thai apabila memberi salam hormat. Biasalah orang memang sentiasa mencari kesalahan orang lain,” tambah Raf lagi.

“Tak kisahlah orang nak cakap apa pun, asalkan kita tahu niat apa yang kita buat dan kita jaga adab walau di mana kita berada,” kata beliau.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November yang lalu.

Sumber:  OhBulan!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my