D-Life

“Ni bus stop ke tempat hisap dadah?” Sarancak kongsi pengalaman ‘travel’ ke Milan

Oleh  | 

SEBUT sahaja Milan, mulalah terbayang-bayang dunia fesyen yang lahir dari tanah penuh glamor itu. Bercuti ke Milan sudah tentu menjadi idaman semua orang. Yelah, korang boleh ambil gambar banyak-banyak untuk kumpul likes dekat Instagram kan?

Baru-baru ini Sara Zulkifli atau lebih dikenali dengan panggilan Sarancak baru sahaja pulang dari menjelajah negara Eropah. Kami berkesempatan untuk berborak apakah cerita di sebalik gahnya kota Milan.

Kalau orang lain ada ceritakan betapa indah Milan, Sarancak ternyata memberikan kisah yang berbeza. Antara cabaran terbesar semasa mengunjungi kota itu ialah masalah untuk berkomunikasi.

“Dekat Milan susah betul nak jumpa orang cakap bahasa Inggeris. Mungkin kalau dia pelajar dekat sana adalah cakap bahasa Inggeris, tapi rakyat biasa tak cakap bahasa Inggeris termasuklah mereka yang bekerja dekat Information Center,”

Sara turut menceritakan betapa sukarnya untuk berkomunikasi dengan orang awam di sana untuk mendapatkan train yang betul kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris.

“Dekat Milan, perhentian bas dia penuh dengan vandalisme dan hanya ada satu tiang. Saya pun tertanya ini bus stop ke tempat orang hisap dadah? Bas pula tak ada jadual. Jadi berserah pada takdir je lah,” cerita Sara.

Tips melancong ke Eropah

Bercakap tentang tips untuk ke negara eropah, ini beberapa pesanan yang dikongsikan Sara.

  • Kalau korang lebih selesa untuk rancang sendiri, korang rancanglah sendiri kerana ia mungkin akan lebih murah. Sebab korang boleh ikut masa dan tempat yang korang nak pergi
  • Kalau korang takut nak pergi sorang, boleh juga pergi dengan travel agensi. Tempat penginapan, pengangkutan semua dah terjamin
  • Pastikan korang sentiasa berfikiran terbuka untuk terima perbezaan budaya masyarakat Eropah
  • Makanan mereka pun best, korang boleh cuba. Ada untuk vegetarian mahupun restoran halal. Paling best mestilah pasar raya mereka. Kalau nak jimat, boleh pergi beli barang-barang dan masak sahaja dekat rumah

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my