Dhia Glam

Nick Jonas dinobat ‘Most Stylish Man’ 2018

Oleh  | 

MAJALAH lelaki terkenal GQ Magazine baru-baru ini mengeluarkan senarai Most Stylish Man bagi tahun 2018.

Daripada 64 nama yang tersenarai, pelakon dan penyanyi Nick Jonas telah menjuarai carta seterusnya menjadikannya sebagai Lelaki Paling Bergaya tahun ini.

Jonas mengalahkan beberapa nama besar yang lain seperti pelakon Deadpool iaitu Ryan Reynolds, Dwayne Johnson dan penyanyi John Legend.

Antara nama lain yang tercalon untuk menyandang gelaran ini ialah Rani Malek, LeBron James, Michael B Jordan dan banyak lagi.

Jonas dianggap sebagai lelaki yang bijak menggayakan pakaian tidak kira dalam majlis dan keadaan apapun.

Lebih menarik, untuk tahun ini dunia menyaksikan kemeriahan pernikahan Jonas dan Priyanka Chopra. Jonas kelihatan sangat bergaya bermula daripada memakai busana rasmi sehinggalah pakaian tradisional semuanya on point!

 

View this post on Instagram

 

Happiest day of my life. @priyankachopra

A post shared by Nick Jonas (@nickjonas) on

Ahli kumpulan Jonas Brothers ini sering tampil dengan busana warna basic dan sederhana.

 

View this post on Instagram

 

#TIDALXBrooklyn 💪🏼

A post shared by Nick Jonas (@nickjonas) on

Jonas dilihat sering mengenakan sweater, jeans, slipper atau sekadar menggayakan kemeja dan seluar denim.

Apapun, tahniah Nick Jonas!

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my