Inspirasi Dhia

NJWA bercakap tentang ‘insecurity’

Oleh  | 

MULA dikenali suaranya mulai tahun 2011 dengan nama Najwa Mahiaddin. Enggan dikaitkan karier nyanyiannya dengan ayahnya yang seorang ahli politik, insan berbakat ini nampaknya terus melebarkan sayap nyanyian ke tahap antarabangsa.

Setelah menghasilkan lagu Got To Go, artis ini kemudian menjenamakan semua namanya iaitu NJWA agar mudah diterima oleh semua.

Bercerita lebih tentang kerjayanya sebagai penyanyi dan penulis lagu. NJWA mengakui bahawa melalui muzik, beliau dapat menyampaikan mesej yang penting seperti self care dan semangat positif untuk memperkasakan wanita melalui lagunya.

Bertapak lama dalam industri hiburan semestinya telah membuatkan NJWA semakin dewasa dalam mengenal kehidupan.

FOTO: Instagram NJWA

“Saya semestinya pernah berada dalam situasi tak yakin diri semasa saya masih muda. Tapi untuk keluar dari situasi ini kita memerlukan keyakinan diri yang tinggi dan support system yang baik.

Menyedari masalah insecurities semestinya adalah perkara yang dialami oleh banyak gadis hari ini. Ini pesanan NJWA kepada semua.

FOTO: Instagram NJWA

“Tak yakin diri adalah perkara yang normal boleh berlaku kepada semua. Tapi kita kena ingat, kita adalah kita dan itu yang membuatkan kita unik. Hanya kita yang boleh menjadi diri kita dan itulah keunikan kita.

“Jangan terlalu fikirkan tentang macam mana nak jaga hati semua orang. Buatlah perkara yang boleh membuatkan awak bahagia sebab hanya awak yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri,” katanya.

NJWA bakal kembali dengan Konsert International Women’s Day bersama Zee Ave pada 22 Jun akan datang. Tiket boleh dibeli melalui Instagram @showlab.my atau Facebook Showlab MY.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my