D-Life

No sleeping beauty! Tidur lama boleh bawa mati

Oleh  | 

MEMANG tidur ini penting untuk mengembalikan tenaga dalam badan. Kalau tidur tak cukup, mulalah sistem badan kita terganggu. Bila sistem badan terganggu, mulalah tidur tak lena, tertekan dan asyik kelesuan.

Kualiti tidur pula sangat dipengaruhi oleh umur seseorang. Selalunya orang dewasa akan memerlukan tidur sekitar 7 hingga 9 jam sehari. Kalau korang tidur lebih lama daripada itu, korang sebenarnya dah terlebih tidur.

Jangan terkejut, sebab orang yang tidur lama atau hypersomnia mungkin boleh dapat banyak lagi penyakit lain macam tiroid, jantung, atau depresi. Ok jom kita baca lagi!

Obesiti

via GIPHY

Kajian menunjukkan orang yang tidur 9-10 jam sehari berpotensi menjadi gendut berbanding orang yang hanya tidur 8 jam sehari.

Sakit Kepala

via GIPHY

Ha, kalau dah tidur sampai tak ingat dunia. Jangan pula mengadu sakit kepala. Ini disebabkan tindak balas daripada neurotransmitter otak seperti serotonin.

Sakit jantung

Kajian daripada The Nurse’s Health Study menunjukkan  perempuan yang tidur 9 hingga 11 jam sehari boleh terdedah kepada penyakit jantung berbanding mereka yang tidur 7 atau 8 jam sehari.

Depresi

via GIPHY

Penelitian lain mendedahkan, 15 peratus orang yang tidur lebih lama ternyata mengalami depresi. Namun, tidur yang cukup dan berkualiti pula boleh membantu menyembuhkan depresi.

Kematian

via GIPHY

Mereka yang tidur 9 jam atau lebih akan memiliki risiko kematian yang tinggi. Tak tahu kenapa ini boleh berlaku. Tapi kajian berpendapat, ia ada kaitan dengan depresi atau status sosial ekonomi rendah sehingga boleh mengundang kepada angka kematian.

Jadi, janganlah selalu sangat melekat atas katil itu. Sesekali isilah masa dengan berjumpa kawan lama atau bersenam sesekali. Orait?

 

 

 

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my