Serious?!

Objectophilia:Penyakit pelik manusia bernafsu dengan objek!

Oleh  | 

DUNIA ini memang penuh dengan perangai pelik dan ragam manusia. Mungkin juga berkaitan  dengan kewarasan seseorang juga.

Pernah tak korang dengar kisah-kisah manusia yang berkahwin dengan objek seperti dinding atau jambatan? Ya! Itu lah yang digelar sebagai penyakit Objectophilia.

Objectophilia ini merupakan sejenis penyakit dimana menusia mempunyai nafsu seksual terhadap objek dan individual seperti ini mempunyai perasaan kasih sayang yang kuat terhadap sejenis objek.

via GIPHY

Baca juga: Bagaimana Aileen Wuornos menjadi pembunuh bersiri

Bukan itu sahaja, mereka ini percaya sesetengah objek itu mempunyai ‘semangat’, perasaan dan boleh berkomunikasi seperti manusia biasa.

Mereka yang mempunyai tarikan yang luar biasa terhadap objek ini sehinggakan sanggup berkahwin dengan objek-objek tersebut!

Ada perdebatan berkaitan dengan Objectophilia ini dimana ada yang  menyatakan ia bukan penyakit mental hanyalah sekadar ‘fetish’. Namun ada pula yang menyatakan ia adalah tidak normal untuk seseorang manusia mempunyai nafsu seksual terhadap objek.

Foto:Illuminasi.com

Pada sis memang tak normal. Sama seperti mempunyai nafsu tarikan terhadap haiwan! Mengikut edisi terbaru ‘DSM’ atau Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders edisi yang ke 5, menyatakan ia boleh menjadi sejenis penyakit mental namun tidak semestinya ia adalah sejenis penyakit. Bergantung kepada tahap tarikan seseorang yang boleh jatuh dalam keadaan yang tidak normal.

Foto:myprivateparis.com

Beberapa kes yang melibatkan objectophilia ini dimana individu sanggup mengahwini object seperti jambatan, bangunan dan juga keretapi. Seperti Erika Eiffel dimana seorang rakyat wanita Amerika Syarikat yang merupakan atlet memanah telah berkahwin dengan menara Eiffel secara terbuka pada 2007.

Sumber: Lievscience:Wikipedia ,

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my