D-Life

Ocha Kongsi : Awas dengan penyakit hati!

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Have a great day ahead! Kali ini Ocha nak ajak korang throwback semula ke zaman ketika kita masih lagi menggunakan Yahoo Messenger, Friendster dan Myspace sebagai medium utama untuk berinteraksi dengan rakan-rakan secara maya. Sis yakin untuk korang yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an, mesti merasai zaman ini kan?

Bercerita tentang Yahoo messenger, sis terus teringat sewaktu awal pasca manusia mula-mula berinteraksi secara online. Sebelum itu, kita perlu membeli prepaid dan menggunakan telefon bimbit untuk menghantar pesanan ringkas kepada orang. Yahoo Messenger atau dipanggil dengan nama YM sememangnya digunakan oleh semua orang pada waktu itu kerana ianya lebih mudah dan cepat. Mesti korang pernah buat video call menggunakan personal computer (pc) ataupun laptop korang kan? Tipu lah korang tak pernah selfie menggunakan front camera laptop! 

Selain Yahoo Messenger, media sosial lain yang seringkali digunapakai dahulu adalah Friendster dan Myspace. Dulu sis memang hantu Myspace. Perkara paling favourite bila menggunakan Myspace adalah menghias profile dan edit gambar kan? Bila dapat hias profile dengan layout dan lagu yang best, mesti kita rasa cool teruk.

Image result for yahoo messenger and myspace

Foto: Thethirdeye

BACA: Ini alasan logik duit bukan penntu kebahagiaan seseorang

Apa yang sis nak highlight sebenarnya adalah pada masa dulu, kita semua menggunakan medium maya hanya untuk tujuan yang baik. Ketika itu kita tak terfikir pun nak lawan siapa lebih hebat, siapa paling cantik dan sebagainya. Cuba korang bandingkan media sosial zaman kini dengan dulu banyak tak perbezaannya?

Menurut pandangan sis, orang-orang yang menggunakan media sosial pada hari ini kebanyakannya mempunyai masalah hati. Semua nak bersaing siapa lagi cantik, paling hebat dan semua perkara hendak dipamerkan di media sosial tanpa ada tapisan. Semuanya hanya kerana ingin rasa ‘menang’ dalam kehidupan maya.

Tapi sebenarnya dalam dunia realiti benar-benarkah sama seperti yang kita pamerkan di laman sosial? Kalau tidak sama, apa sebenarnya yang kita mahu tunjukkan kepada orang tentang kehidupan kita? Ini lah penyakit hati yang sis nak kupaskan. Kalau kita tidak merasa iri dengan kehidupan orang lain, sis rasa kita tiada sebab pun untuk jadi fake di laman sosial kan?

Rasa iri kepada orang lain ni sebenarnya merupakan salah satu daripada penyakit hati. Sis percaya, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam hidup mereka. Tipu lah kalau kita boleh jadi sempurna serba serbi kan? Jika kita mempunyai fikiran seperti ini, sis yakin kita tak akan kisah pun tentang kehidupan orang lain dan sentiasa memandang kehidupan kita dengan rasa cukup dan bersyukur.

Percayalah, semua manusia pasti akan ada kekurangan. Siapa nak pamerkan kekurangan mereka kepada orang lain. Namun, kerana mempunyai sifat riak dan iri lah kita merasa seolah kita sedang bersaing dengan orang lain di laman sosial untuk menunjukkan siapa lebih sempurna. Macam mana nak tenang dalam hidup kalau sentiasa memikirkan tentang orang lain?

Konklusinya, kita perlu rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki saat ini. Sebenarnya banyak lagi perkara yang lebih penting yang  perlu kita  fokus dalam hidup kita. Kadang-kadang kita tak sedar, hanya kerana ingin mengejar ‘kemenangan’ di media sosial, kita telah terlepas moment yang berharga dalam kehidupan kita. Fokus kepada perkara yang lebih penting ye. Penyakit hati seperti ini tidak boleh dibiarkan mendiami kehidupan kita terlalu lama tau. Lama-lama kita akan jadi orang yang negatif.

Pelan-pelan  kita sama-sama ubah kebiasaan ini okay? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my