DhiaLova

Ocha Kongsi : Kalau dah tak mampu nak setia, lepaskan sahaja lah

Oleh  | 

LUMRAH kehidupan apabila berpasangan akan ada pasang surutnya. Baik pasangan bercinta mahupun pasangan yang sudah berkahwin. Pada pandangan sis, sebuah perhubungan boleh dikaitkan dengan sebuah peribahasa ini. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Senang kata memiliki sebuah hubungan sama saja seperti memilih untuk berada dalam kancah yang berisiko. Namun jika kita rasa takut untuk mencuba, kita belum tahu keputusannya akan jadi baik ataupun gagal kan?

Bercakap mengenai kesetiaan, sis rasa semua orang boleh faham konteks dalam perkataan ini tanpa perlu dijelaskan secara lisan. Dalam penjelasan yang lebih mudah, setia adalah kata kerja untuk orang yang berpegang teguh, taat dan patuh kepada janjinya. Sebagai contoh bila kita dah berjanji untuk tidak menduakan pasangan kita, bermakna kita perlu setia kepadanya dengan tidak jatuh hati kepada orang lain. Nampak senang kan? Tapi kenapa sekarang ramai sangat yang tergelincir dengan janji-janji mereka? Entah lah…

Image result for alif aziz curang lagi

FOTO: Rojakdaily

Contoh terdekat yang boleh sis kaitkan dengan kesetiaan adalah isu pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah. Baru-baru ini tular lagi sekeping foto Aliff bersama seorang wanita di dalam sebuah bilik tanpa memakai baju. Seriously Aliff? Again and again? Rasanya kali ini sudah kali ketiga berita kecurangan Aliff ditularkan. Kesian Bella. Tapi itu yang kita tahu. Yang kita tidak tahu?

Sis rasa orang yang macam Aliff ni sebenarnya belum bersedia untuk berumahtangga. Kita pun tahu bila sudah masuk ke fasa perkahwinan, banyak tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada pasangan kita. Bila fikir tentang tanggungjawab rasanya ada masa ke nak menggatal dengan orang lain? Lebih-lebih lagi bila sudah mempunyai anak. Sebab itulah sebelum berkahwin kita perlu fikir, selain menyediakan kelengkapan kepada pasangan kita, mampu ke kita jaga hati pasangan kita dengan tidak menduakan mereka sehingga tua? Tepuk dada tanya selera.

Image result for alif aziz curang lagi

FOTO: Kosmo

Korang jangan jadi selfish. Korang dah ikat pasangan korang dengan janji-janji manis kononnya untuk setia, akhirnya korang pilih untuk curang juga. Kesian pasangan korang kena menanggung rasa dengan perbuatan korang. Jangan jadikan janji-janji korang kelihatan sangat murah seperti menanam tebu di tepi bibir sahaja. Bila dan berjanji, perlulah tunaikan. Kalau tak mampu berjanji janganlah pandai-pandai berjanji!

Kalau rasa tak mampu setia, lepaskan sajalah. Buat apa nak simpan lagi kalau akhirnya korang yang akan berlaku curang dengan orang lain. Semua orang dalam dunia ni berhak untuk merasai kebahagiaan. Kalau korang pilih untuk curang, teruskan. Tapi, jangan pernah buang masa orang lain dengan memberi janji palsu kepada mereka untuk setia. Mereka pun berhak untuk rasa bahagia dengan orang yang  benar-benar ikhlas mencintai mereka.

Image result for aliff aziz bella astillah anak

Foto: Instagram

So untuk orang yang pemurah bagi attention dekat orang ramai ni, sis rasa tak perlulah bercinta dahulu. Korang belum mampu untuk fikir jauh tentang sebuah perhubungan. Itu tak kisah lagi. Apa yang penting, jangan pernah libatkan orang yang betul-betul ikhlas dengan drama kecurangan korang.

Bagi korang yang sering memberi peluang kepada mereka yang curang lebih daripada sekali ni, sis rasa sudah-sudah lah tu. Tak berbaloi rasanya korbankan perasaan kepada orang yang memang tak nak hargai kita. Ramai lagi orang ikhlas dekat luar sana tu. Korang tinggal nak buka pintu je.

Ingat, be a gentleman. Jangan buang masa sesiapa dan jangan rosakkan kebahagiaan sesiapa. Kalau tak mampu nak setia, lepaskan sahaja!

Baca: Ini kronologi kontroversi perangai temberang Aliff Aziz

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my