D-Life

Ocha Kongsi : Nostalgia lebaran yang ‘priceless’

Oleh  | 

SELAMAT Hari Raya korang! So far macam mana raya? Alahai, macam awal sangat je sis tanyakan? Alang-alang hari ini hari raya sis nak buat perbandingan sikit boleh kan?

Okey lah, bila bercerita tentang raya, sis pasti semua orang mempunyai moment beraya yang tidak boleh dilupakan sepanjang kehidupan kita. Termasuk juga dengan sis. Lebih-lebih lagi terdapat banyak perbezaan situasi ketika kita masih kecil ataupun ketika dewasa. Kata orang feel dia tu dah tak sama macam dulu.

Sis ingat lagi sewaktu sis masih kecil, perkara pertama yang sis tidak boleh lupakan ketika itu adalah pulang ke kampung dan bermain bunga api bersama sepupu. Waktu itu dalam kepala sis hanyalah untuk merasai keseronokan apabila saudara-mara berkumpul beramai-ramai di rumah arwah atuk.

Setiap kali menjelang malam raya, kitorang sekeluarga akan berkumpul di hadapan televisyen beramai-ramai untuk mendengar pengumuman raya. Selepas raya dah diumumkan, sis dan sepupu akan melompat girang sambil membuat perancangan rumah siapa yang bakal kitorang kunjungi keesokan harinya untuk mengumpul duit raya. Masa zaman sis dulu, dapat 50 sen pun dah kira banyak tau. Kalau dapat RM 1 lagilah kami suka hati!

Image result for bunga api hari raya

Foto: Ohhangat

Bila dah meningkat remaja, keghairahan untuk melakukan aktiviti-aktiviti ketika kanak-kanak semakin berkurang. Biasalah bila tiba masa baru nak up, telefon bimbit memang tak lepas daripada tangan. Berbekalkan prepaid RM 5 pun sudah dikira mahal pada ketika itu dan handphone berjenama Nokia , setiap malam raya sis akan merangka ucapan-ucapan raya untuk dihantar kepada rakan-rakan dan kekasih hati. Alaa masa tu cinta-cinta monyet je dik!

Lepas tu line telefon akan tergendala sepanjang malam sebab semua orang sibuk menghantar ucapan raya. Waktu tu lah, emak dan makcik saudara sis mula membebel bila sis tak bantu diorang dekat dapur. Selalu sis dapat ayat “Bertuah punya anak dara” lebih-lebih lagi bila kantoi tengah main handphone dalam bilik atas katil. So selain daripada menghadap handphone ketika malam raya, sis akan mengambil tugas menyusun kuih-muih ke dalam balang. Sambil susun sambil curi satu. Nyum! Nyum! Nyum!

Related image

Foto: skillguruz

Tapi bila dah dewasa apa pula cerita? Faktor usia yang semakin meningkat menjadikan sis lebih sentimental bila bercakap mengenai kenangan raya yang dulu. Wahh, dah tua sangat ke? Apa yang sis pastinya, moment-moment raya sewaktu sis kecil dulu menjadi perkara yang tidak akan sis lupakan sampai bila-bila. Bila dah dewasa ni, banyak perkara-perkara tentang raya yang tak dapat dilakukan atas faktor kesibukan. Memang susah lah nak dapat feel raya bila terlalu sibuk. Mampu throwback kenangan-kenangan raya masa kecil je.

Priority ketika raya pun dah berubah seiring dengan usia yang kian berganjak. Outfit raya sememangnya menjadi perkara yang penting untuk disediakan bagi wanita muda seperti sis. Hari raya lah hari yang penting untuk para wanita melaram sakan. Tak gitu? Kalau sebelum ini sis akan berkunjung ke rumah orang untuk kumpul duit raya, kali ini sis perlu sediakan duit raya untuk kanak-kanak yang berkunjung ke rumah sis pula.

Bila tengok emak dah semakin menua, sis pula akan mengambil alih tugas-tugas di dapur ketika hari raya. Tak apa, practice daripada sekarang. Esok lusa dekat rumah mertua tak ada lah kekok sangat. Eh?!

Related image

Foto: Zalora

Memori yang sis lalui ketika kecil akan menjadi nostalgia yang priceless untuk sis kenang sampai ke hari tua. Usia yang kian berganjak saban tahun ini buat sis rasa nak hargai setiap moment yang berlaku disekeliling sis lebih-lebih lagi menjelang hari lebaran. Lagipun raya kan setahun. Time ni jela kita boleh berkumpul bersama keluarga dan lakukan aktiviti yang jarang-jarang kita lakukan ketika hari biasa kan. So korang yang selalu sibuk dengan kerja tu ambil masa sebentar dan enjoy this moment okay? Dah nak raya kot!

Selamat hari raya Aidilfitri buat pembaca-pembaca Dhia.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my