DhiaLova

Ocha Kongsi : Rebound relationship? Sanggup ke?

Oleh  | 

KORANG pernah dengar tak tentang rebound relationship? Istilah ini sering digunakan kepada seseorang yang menjalinkan hubungan baru selepas putus cinta dalam masa yang singkat. Konon-kononnya someone tu menjalinkan hubungan baru hanya kerana untuk melupakan bekas kekasih mereka. Ha, inilah silapnya! Korang tak rasa ke orang yang menjadikan orang lain sebagai rebound ni seorang yang selfish? Kalau nak menjalinkan hubungan dengan seseorang, mesti lah perlu ada niat yang betul kan?

Perlu tahu tanda-tanda korang hanyalah sebagai rebound sahaja!

Image result for always be my maybe

Foto: Filem Always Be My Maybe

Tak ada yang lebih menyakitkan daripada mengetahui kekasih korang masih lagi menyimpan perasaan terhadap bekas kekasihnya. No! Jangan biarkan perkara ini berlarutan girls. Korang perlu kenalpasti tanda-tanda yang menunjukkan pasangan korang hanya menjadikan korang sebagai rebound sahaja. Jangan diam dan pendam perasaan sahaja tau!

So, sis nak tanya pada korang, berapa jarak antara hubungan terakhir pasangan korang dengan hubungan yang sedang korang jalani ketika ini? Jika kurang daripada 3 bulan tempohnya, korang perlu berwaspada. Secara normalnya, seseorang akan mengambil masa untuk melupakan bekas kekasih secara total.

Kalau tak sampai sebulan pun berpisah dia dah jadikan korang sebagai kekasih, kemungkinan besar si dia hanya gunakan korang untuk melepaskan kesunyian mereka. Ish, ish tak baik tau! Korang pun kena ambil tahu juga apa punca perpisahan pasangan korang dengan bekas kekasihnya. Jika mereka putus secara tiba-tiba tanpa alasan yang jelas, jaga-jaga lah ye. Korang pun tahu apa korang kena buat kan?

Hubungan bergerak dengan cepat

Image result for always be my maybe

Foto: Filem Always Be My Maybe

Tak pelik ke bila kita baru je kenal seseorang, tapi mereka dah berani ajak korang berbincang tentang masa depan. Memang lah seronok bila lelaki ajak kita berbual tentang perkara yang serius tapi kalau korang baru je kenal dalam tempoh tak sampai sebulan, takkan lah korang berani nak berbincang perkara yang serius. Mungkin si dia ajak korang bercerita tentang masa depan hanya kerana untuk melupakan bekas kekasihnya.

Sebagai perempuan korang pun kena alert mungkin apa yang sering dibincangkan bersama korang tu merupakan perkara yang sering dibincangkan bersama bekas kekasihnya. Tidak ke korang rasa korang hanya digunakan sahaja?

Kena kuat untuk buat keputusan!

Image result for always be my maybe

Foto: Filem Always Be My Maybe

Sebenarnya, sis pun ada kisah sis sendiri berkaitan dengan hal rebound ni. Sis tahu kalau perhubungan yang kita jalinkan hanya bermotif untuk melupakan bekas kekasih masing-masing, ianya takkan kemana. Situasi seperti ini ibarat korang hanya menjalinkan hubungan bersama jasad mereka sahaja. Tetapi hati dan fikiran mereka kepada orang lain. Sanggup ke korang nak biarkan keadaan terus seperti ini?

Pada awalnya, rebound relationship terasa seperti satu perkara yang mudah untuk diuruskan. Korang dan pasangan akan  merasa serasi pada awal perkenalan dan memutuskan untuk menjalinkan sebuah hubungan tanpa berkenalan dengan lebih dalam terlebih dahulu. Namun seiring berjalannya waktu, kekurangan masing-masing akan mulai terlihat dan kemahuan antara satu sama lain untuk bertoleransi pun semakin berkurang. Akibatnya korang dan si dia akan sering bertengkar tentang hal-hal yang remeh kerana masing-masing tidak mahu mengalah.

Kalau keadaan sering berlaku seperti ini korang fikir-fikirkanlah semula. Layak ke hubungan seperti ini dipertahankan lagi? Jangan sampai satu tahap dimana korang sahaja yang berusaha mempertahankan hubungan tetapi si dia masih lagi terperangkap dalam cinta lamanya. Beware okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my