D-Life

Oh Ini rupanya makan ketika Chinese New Year!

Oleh  | 

BILA tiba saja musim perayaan, Malaysia adalah diantara yang paling meriah sekali! Mana tidaknya, negara kita ni mempunyai pelbagai kaum dan agama yang berbeza!

Kaum India, meriah dengan tradisi sendiri, kaum Melayu pula dengan ziarah-menziarahi dan kaum Cina pula popular dengan pelbagai adat dan tradisinya juga!

Akan tetapi pernah tak korang terfikir tentang makanan tradisi bila tibanya sesuatu perayaan. Seperti kita tahu bila tibanya Hari Raya rendang, ketupat, dodol dan juga lemang adalah makanan paling popular.

Manakala Deepavali pula tak sah kalau tak ada muruku, laddoos, samosa dan sebagainya. Bagaimana pula Tahun Baru China? Takkan Limau Mandarin dan Yee Sang sahaja?

Jadi sis nak kongsikan pengalaman di mana sis telah dijemput oleh Holiday Villa Subang Jaya untuk menikmati makanan pada Tahun Baru Cina. Ini termasuklah belajar bagaimana nak makan Yee Sang dengan betul! Yang penting Halal!

Double boiled Cordyceps Soup with Cordyceos Flower & Assorted Seafood

Ini sebenarnya adalah sup yang mengandungi udang, scallops, isi ketam dan sayur-sayuran.

Sup ni rasanya lebih kurang sama seperti shark fin soup namun kelihatannya berbeza. Sup ini jauh lebih cair tapi cukup sedap dan terasa kesegaran makanan laut tu!

Roasted Crispy Duck with Pickle Papaya

Menu ini merupakan kali pertama sis mencuba ye. Roasted Crispy Duck ni mempunyai rasa yang manis pada kulit luarannya da isinya pula menyelerakan.

Buat penggemar daging itik tu bolehlah cuba!

Braised Dried Oyster with Black Moss & Lettuce

Seringkali kita lihat di kaca televisyen, osyter ini di makan mentah dengan hanya perahan jus lemon kan? Ha kali ini dimasak secara perlahan.

Akan tetapi, apa yang menarik perhatian sis pada menu ini adalah Black Moss atau digelar Fat Choy tu berwarna hitam dan mempunyai texture seakan rambut!

Kebanyakkannya pada Tahun Baru Cina, ini lah makanan yang sering dinikmati oleh kaum cina. Sis harap korang enjoy Tahun Baru Cina ni dengan rakan-rakan!

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my