Be-You-Ty

Oh macam ni revolusi penghasilan ‘foundation’ sebenarnya!

Oleh  | 

FOUNDATION merupakan make up base yang penting untuk menutup segala cela di wajah kita. Foundation boleh didapati dalam beberapa jenis seperti liquid, mousse dan juga stick. Jangan tak tahu yang foundation juga merupakan penyelamat wanita untuk kelihatan flawless tau.

Korang pernah terfikir tak bagaimana boleh terhasilnya foundation yang kita gunakan hampir setiap hari? Macam mana revolusi foundation dari awal penciptaannya sehingga ke hari ini ek? Bagi yang belum tahu tu meh sis nak share!

Menurut info daripada Marieclaire.co.uk, kemunculan foundation memang wujud sejak beberapa abad yang lalu.

Generasi awal 

Related image

Seperti alat solek lain, foundation juga berasal daripada Mesir Kuno. Mesir Kuno merupakan generasi pertama yang mencipta dan memakai foundation. Selepas itu, orang Yunani Kuno meneruskan pemakaian foundation dengan mengubah struktur bahan pembuatannya. Mereka menggunakan serbuk putih yang diperbuat daripada kapur dan timah. Pada ketika itu, kulit putih menjadi trend bagi wanita Yunani Kuno. Namun, ianya membahayakan pengguna kerana terdapat racun di dalam foundation mereka.

Pertengahan abad

Image result for renaissance woman

Menjelang abad pertengahan, trend wanita berkulit putih masih menjadi pilihan pada ketika itu. Mereka beranggapan wanita yang berkulit coklat merupakan wanita kelas bawahan kerana perlu bekerja. Ada satu ketika, sesetengah wanita sanggup melukakan diri mereka sehingga berdarah supaya kulit mereka kelihatan pucat dan putih. Hmm, betul lah kata orang, beauty is pain.

Abad ke-17

Image result for 17 century woman

Pada ketika ini, trend berwajah putih dan pucat tidak lagi menjadi kegilaan wanita. Semasa pemerintahan Charles II pada abad ke-17, wanita lebih memilih untuk menggelapkan wajah mereka. Namun apa yang membahayakan, mereka mula memakai bedak asas dengan campuran kapur, timah dan cuka. Campuran ini merupakan racun yang boleh merosakkan kulit muka jika digunakan dalam tempoh masa yang lama. Ada juga wanita yang mula menggunakan putih telur untuk mencantikkan kulit wajah.

Era Ratu Victoria

Image result for 19 century woman

Pada era ini, Ratu Victoria mengharamkan penggunaan make up untuk wanita kerana beranggapan alat solek hanya digunakan oleh pelacur dan wanita kelas bawahan sahaja. Pada masa ini wanita hanya menggunakan solekan yang nipis sahaja dan mereka mula kembali obses untuk memutihkan wajah. Ada yang sanggup melakukan cara ekstrem seperti menyembunyikan diri supaya tidak terkena cahaya matahari dan ada juga wanita yang sanggup makan kapur.

Namun, trend kulit putih dan pucat tidak lagi menjadi pilihan wanita bermula abad ke-20.

Max Factor menghasilkan Pan Cake Make Up

Image result for max factor pancake foundation 19 century

Max Factor menjadi jenama pertama yang merubah penghasilan foundation dengan mencipta Pan cake make up pada tahun 1935. Pada awalnya foundation ini hanya digunakan oleh pelakon sahaja namun menjadi popular kerana ciptaan ini terdiri daripada foundation dan make up dalam satu produk. Pan cake digunakan pada wajah dengan menggunakan span basah. Akhirnya Pan cake berubah menjadi pan stick pada tahun 1947 dan pan stick masih digunakan sehingga ke hari ini.

Tahun 90-an

Image result for 90s foundation makeup

Bobbi Brown muncul dengan produk skin foundation stick dengan pelbagai jenis tone warna pada tahun 1992. Sebelum itu, foundation hanya mempunyaI dua ton warna sahaja iaitu warna coklat dan merah jambu. 25 tahun selepas itu, skin foundation stick daripada Bobbi Brown masih menjadi pilihan wanita di seluruh dunia kerana terdapat pelbagai variasi ton warna yang sesuai dengan semua jenis kulit.

Hari ini 

Image result for foundation

Pada hari ini, kita boleh dapatkan foundation dalam pelbagai jenis jenama. Walaupun ada sesetengah wanita telah memilih BB cream, foundation masih lagi menjadi pilihan wanita dan merupakan produk solekan paling popular di dunia sehingga ke hari ini. Pada hari ini foundation boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti cushion foundation. 

Apapun, kurangkan kekerapan penggunaan foundation kerana tekstur foundation yang pekat boleh mengakibatkan kulit korang tersumbat. So kena cuci betul-betul semasa menanggalkan make up okay? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my