DhiaLova

‘Oh noooo!’ Aku jatuh cinta? Ini petandanya!

Oleh  | 

“BERLEGAR-LEGAR  bermain di mataku. Berdebar-debar degup jantungku!”

Wah, begitulah antara lirik lagu nyanyian Janna Nick yang bercerita tentang jatuh cinta! Bukan main lagi. Hari-hari yang korang lalui pula terasa lebih indah dan berbunga-bunga.

Namun, tahukah korang sebenarnya bila korang jatuh cinta tubuh badan juga akan memberikan reaksi. Ajaib bukan? Mari kita lihat apakah petanda korang yang sedang falling in love!

Cemas dan jantung berdenyut laju

via GIPHY

Pernah tak korang rasa jantung korang berdegup kencang setiap kali melihat someone? Jangan risau, kerana itu memang lumrah orang jatuh bercinta. Sebab masa korang jatuh cinta, tubuh korang akan merembeskan hormon adrenalin. Ia lazimnya berlaku ketika tubuh sedang memberi tumpuan kepada sesuatu yang penting.

Sentiasa teringat-ingat akan si dia

via GIPHY

Ketika korang jatuh cinta, hormon serotonin dalam badan juga akan meningkat. Ia akan membuatkan korang teringat-ingat pasangan korang dan lekas cemas jika berjauhan. Jadi, tak hairanlah jika korang sering mencari jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan seperti kerap Whatsapp atau kacau someone di media sosial kerana inginkan perhatian atau risau jika kehilangannya.

Lebih bahagia dan ceria

via GIPHY

Hormon dopamine juga akan meningkat jika korang jatuh cinta. Ia adalah sebuah hormon yang membuat korang berasa tenang, ceria dan gembira secara semula jadi . Jika sebelum ini korang seorang yang cepat marah, namun setelah jatuh cinta korang akan berubah menjadi seorang yang mudah tersenyum. Ibarat you bahagia, i pun bahagia gitu!

Lebih yakin diri

via GIPHY

Peningkatan hormon dopamine pula akan menyebabkan korang berasa bersemangat. Selain itu, korang akan jadi lebih yakin dengan fizikal korang. So, tak hairanlah jika korang tiba-tiba mengambil berat mengenai gaya rambut atau teliti dengan warna gincu yang korang pakai lebih daripada biasa.

Jantung kamu berdegup seiringan

via GIPHY

Ini penemuan mengejutkan yang dilakukan penyelidik di Universiti of California mengenai dua manusia yang saling mencintai. Hasil kajian menunjukkan jantung mereka yang saling jatuh cinta akan berdegup serentak. Alahai, sweet nya!

Bagaimanapun, wanita didapati boleh menyesuaikan pernafasan mereka agar degup jantung seiring dengan pasangan lelaki. Ia secara tidak langsung menunjukkan wanita ni mempunyai emosi dan empati yang lebih tinggi dalam perhubungan berbanding lelaki. Haa dengar tu, macam tak percaya pula. Magisnya cinta!

Sumber: powerofpositivity.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my