Kolaborasi

“Oh, rindu ini membunuhku!” Pakar kongsi apa nak buat kalau kita sangat, sangat, sangat rindu seseorang

Oleh  | 

RINDU adalah perkataan yang sangat berat untuk sesiapa yang pernah merasainya. Kadangkala ia datang tiba-tiba. Mungkin sebab kita terdengar beberapa buah lagu yang pernah dinyanyikan bersama-sama. Mungkin juga sewaktu kita menonton beberapa filem di Netflix dan teringat kita pernah menonton cerita yang sama dengan seseorang. Mungkin juga kerana kita berasa sunyi dan kenangan datang menghantui kita. Apapun alasannya, perasaan menanggung sebuah kerinduan sukar untuk digambarkan keperitannya.

Menurut pakar psikologi Gregory Kushnick menyatakan sebenarnya tak ada jawapan spesifik untuk menjelaskan apa yang patut dilakukan untuk menghadapi kerinduan. Ia bergantung kepada situasi. Ada yang rindu sahabat baik yang baru berpindah. Ada yang merindui bekas kekasih. Ada yang merindu seseorang yang sudah meninggal dunia. Jadi, berikut adalah benda yang boleh korang lakukan untuk menenangkan kerinduan.

via GIPHY

Merindui kawan yang sudah pindah

Bayangkan korang ada seorang kawan yang memang selalu buat benda merepek sama-sama. Tapi dia sudah berpindah ke tempat jauh dan korang harus melakukan semuanya seorang diri. Dr Kushnick mencadangkan agar korang berdua boleh telefon. Set masa tertentu untuk berbual lebih lama. Catch up session dalam bahasa ringkasnya. Korang boleh bertukar khabar dan cerita. Korang pun boleh rancang untuk bercuti bersama atau pergi spa yang murah macam dekat Superdeals ni.

Hidup kena diteruskan, korang pun boleh luaskan circle of friends dan buat benda dengan yang menarik dengan orang lain. Ia bukanlah bermaksud korang menggantikan kawan korang, tapi korang memberi ruang untuk seseorang baru masuk dalam hidup korang.

Merindui bekas kekasih

Kalau korang putus dengan cara yang baik, walaupun ia adalah keputusan korang. Ia adalah sesuatu yang normal kalau korang rindukan bekas kekasih korang. Lainlah kalau korang tak ada perasaan cinta langsung sampaikan korang tak teringatkan si dia. Apa yang perlu korang buat menurut Dr. Kushnick ialah unfollow media sosial dia. Sebab kita tak nak memori zaman bercinta datang balik setiap kali tengok gambar dia dekat Instagram. Inilah masanya korang berfikir balik benda jelik yang buat korang berpisah contohnta dia lupa hari lahir korang, curang, abaikan korang)

via GIPHY

Kalau korang dalam proses melalui fasa selepas berpisah. Carilah ahli terapi atau kawan yang tidak akan menghukum tetapi membantu korang untuk melalui fasa ini bersama-sama. Luangkan masa bersama-sama orang yang menyayangi dan menghargai korang. Ex? who

Merindui mereka yang sudah meninggal

Ini ada senario yang paling sukar sekali. Ada yang masih belum bersedia lagi untuk bercakap tentang perpisahan. Dr Kushnick mencadangkan dalam proses ini, buatlah apa-apa yang boleh menjadikan korang lebih tenang. Kalau melihat gambar arwah akan membuatkan korang lebih tenang. Tak mengapa. Kalau gambar berkenaan buat korang lebih teruk. Tak mengapa untuk korang buang. Carilah kawan-kawan yang akan menyokong korang.

via GIPHY

Luangkan masa bersama orang yang disayang dan lakukan apa sahaja yang boleh buat korang bahagia. Ingat, kunci untuk segala kesedihan ialah self-care!

Kesedihan hari ini macam awan mendung. Lama kelamaan ia akan pergi juga. Kita hanya perlu percaya setiap apa yang berlaku akan selalu mempunyai hikmah yang tersendiri. Semoga kita selalu tabah untuk menghadapi setiap yang mendatang.

 

Sumber: Well and Good

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my