D-Life

Okinawa Diet, rahsia umur panjang orang Jepun

Oleh  | 

RAMAI yeng terpegun dengan cara kehidupan masyarakat Jepun. Ini kerana mereka terkenal dengan mengamalkan permakanan yang sihat dan juga gaya hidup yang berdisplin.

Salah satu pengalaman popular oleh masyarakat Jepun adalah Okinawa Diet. Mengapa ia dinamakan Okinawa Diet? Ha ini disebabkan kawasan Okinawa dipenghuni oleh rakyat yang memempunyai jangka hayat yang plaing tinggi di dunia.

Di Okinawa, terdapat lebuh ramai individu yang mempunyai lebih dari 1oo tahun umurnya dan ia adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun. Oleh sebab itu,diet ini dinamakan Okinawa diet yng menjadi amalan oleh ramai penduduk Okinawa.

Diet ini mempunyai fokus terhadap makanan dan juga ramuan yang dimakan. Bukan itu sahaja, jenis makanan juga menjadi fokus utama.

Bagaimanakah Okinawa Diet diamalkan ?

  • Perbanyakkan makan sayur-sayuran yang berwarna kuning, oren dan juga hijau.
  • Ubi Keledek yang berwarna ungu dijadikan makana ruji.
  • Pengambilan produk tenusu, makanan laut dan daging dalam jumlah yang sedikit.
  • Melebihkan makan soya dan juga kekacang.
  • Pengamalan gula dan gandum yang rendah.

HARA HACHI BU

Ungkapan berikut adalah salah satu budaya yang penting dimana ia menjadi amalan utama oleh penduduknya. Ungkapan tersebut membawa maksud berhenti makan apabila perut sudah kekenyangan dalam 80%.

Ini bererti mereka tidak mengisi perut sehingga ia menjadi terlalu kenyang ataupun kenyang. Kiranya cukup sehingga kita tidak lagi merasa lapar.

Tambahan lagi, kebanyakkan mereka akan mengambil hanya 1,200 kalori dalam masa satu hari. Kalau ikutkan perbezaan dengan negara-negara lain, jumlah kebiasaan kalori yang dimakan adalah sehingga 2,000.

Kalori mereka yang berjumlah rendah itu penuh dengan makanan yang sihat dan bernutrisi yang tinggi. Dan disebabkan permakanan yang sihat itu,ia membantu mereka mengekalkan kesihatan yang lama dan jangka hayat juga turut meningkat.

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my