Serious?!

‘OMG!’ Apa kes Kylie Jenner dikhianati bestfriend sendiri?

Oleh  | 

TULAR baru-baru ini berita tentang kekasih Khloe Kardashian, Tristan Thompson didapati bermesraan dengan seorang wanita di sebuah pesta di Los Angeles. Keadaan bertambah buruk dan tegang apabila wanita yang didapati bersama Tristan itu adalah sahabat baik kepada Kylie Jenner sendiri iaitu Jordyn Woods!

FOTO: E! News

FOTO: E! News

Khloe, 34 menjelaskan bahawa dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Tristan. Seperti yang kita tahu, ini bukan kali pertama Tristan, 24 kantoi curang bersama perempuan lain. Tristan juga pernah  ditemui memasuki New York Hotel bersama perempuan lain ketika Khloe hamil 9 bulan.

Foto: Toofab.com

Apa yang lebih menghangatkan, Woods merupakan orang yang paling rapat dengan Kylie kerana persahabatan mereka sudah melebihi 10 tahun. Bayangkanlah betapa kuatnya persahabatan mereka apabila Woods ini diterima baik oleh keluarga Kardashian dan dibenarkan tinggal bersama mereka. Bukan itu sahaja, Woods ada kolaborasi jenama alat solek bersama Kylie lagi tau. Tup! Tup! Rampas pula kekasih kakak sahabat sendiri! OMG!

FOTO: TMZ

 “Kylie cuba menyangkal tetapi dia amat terluka dengan situasi ini,” menurut sumber daripada E online.

Menerusi tweet Tristan di akaun Twiternya, dia menaip dengan ringkas “FAKE NEWS” namun post itu telah dipadam selepas beberapa minit. Khloe dan Tristan menjalinkan hubungan sejak 2 tahun yang lepas dan mempunyai seorang anak bernama True.

Walau bagaimanapun Kylie masih belum memberi apa-apa kenyataan berhubung dengan skandal ini. Sama-samalah kita nanti okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my