Serious?!
OMG! betul ke Henry Golding bakal membintangi filem terkenal Marvel?
PELAKON terkenal Crazy Rich Asians kelahiran Malaysia, Henry Golding kini disebut-sebut bakal membintangi filem terkenal terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU).
Walaupun Black Panther 2 baru berada di fasa pra pengeluaran. Desas desus mengatakan Henry bakal membintangi filem itu dengan membawa watak antagonis bernama Namor semakin diperkatakan. Ha, kalau korang tak tahu apa benda Namor ni, ia adalah sejenis gabungan manusia dan hidupan laut dari Atlantis.
Berita khabar angin itu juga turut menjadi perbincangan di laman Twitter oleh warganet.

Namun, sehingga kini pihak Marvel tidak pula mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan khabar angin itu.
Tapi apa yang pasti, kesemua sudah mengetahui filem terbitan Marvel bukan sebarangan dan ia penuh dengan plot adiwira yang mengesankan.
Jika Henry memang berjaya menjadi sebahagian daripada produksi besar dunia, sudah pasti kita semua akan turut menumpang gembira. Tak sabar nak tunggu kenyataan daripada Henry!





Komen Terkini