Serious?!

OMG girls, oppa Lee Jong Suk akhirnya ‘reveal’ kekasih hati, siapa tu?

Oleh  | 

KALAU korang kaki drama K-pop, mesti korang familiar dengan muka Lee Jong Suk  yang bersepah menjadi hero pujaan ramai. Kalau dia senyum, pergh cair. Sebab itulah ramai yang tertunggu-tunggu siapakah yang berjaya menawan hati jejaka ini di alam realiti.

via GIPHY

Menurut AllkpopLee Jong Suk telah secara rasminya bercinta dengan gadis cantik yang merupakan bekas ahli kumpulan Hello Venus bernama Nara.

Kisah percintaan mereka bermula apabila masing-masing bertemu dalam satu projek bernama A Man Project. Pada waktu itu, Nara masih lagi ahli kumpulan Hello Venus dan Lee Jong Suk telah menghubunginya secara langsung untuk meminta bantuannya menjayakan projek itu.

via GIPHY

Kedua-dua artis itu dilihat sering bersama apabila Nara selalu mengunjungi kafe milik Lee Jong Suk iaitu 89 Mansion. Nara dilihat sepadan dengan Lee Jong Suk apabila memiliki ciri fizikal yang disukai pelakon itu. Sewaktu Lee Jong Suk berkhidmat di dalam tentera, Nara turut pergi melawatnya.

via GIPHY

Ada juga yang mengatakan sebenarnya Lee Jong Suk terlebih dahulu jatuh hati pada Nara. Nara digelar Lee Jong Suk’s Girl apabila selalu menerima hadiah daripadanya. Untungnya sama cantik, sama padan. Tahniah!

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my