Kolaborasi

OMG! Kajian dedah biji kurma boleh ubat Diabetes

Oleh  | 

KALAU sebut Diabetes, memang pantang kita bagi benda manis dekat mereka yang mempunyai penyakit ini. Habis makanan semua kena catu. Terpaksalah mereka makan benda yang tak bergula.

Tapi, baru-baru ini sebuah kajian yang dilakukan oleh Institut Pertanian Bogor, Indonesia menunjukkan berita baik apabila biji buah kurma dikatakan boleh menjadi antara ubat diabetes.

Menurut kajian tersebut, indeks glikemik pada buah kurma itu adalah sangat rendah. Rata-rata yang kita temui di pasaran mempunyai bacaan glikemik sekitar 46. Namun, terdapat juga yang mempunyai bacaan sehingga 100.

via GIPHY

Menurut ketua team penelitian tersebut, Lisa Giovanny berkata 70 peratus biji kurma mempunya enzim alfa-glukosidase yang menurunkan kadar glukosa yang tinggi bagi pesakit diabetes atau kencing manis.

Ini kerana, ubat yang ada di pasaran hari ini boleh memberikan kesan sampingan seperti muntah, kejang perut, mual dan  hepatotoksisitas.

Selain itu terdapat juga faedah lain yang terdapat di dalam kurma seperti yang dinyatakan Health Benefits Times.

Melindungi hati
Biji kurma dapat memberikan perlindungan kepada hati, hepato, juga sebagai pembersih radikal bebas.

Antivirus
Biji buah kurma dapat membantu mencegah jangkitan  Pseudomonas phage dan mencegah bakteri lisis.

via GIPHY

Mencegah kerosakan ginjal dan hati
Ekstrak biji kurma mengandung proanthocyanidins, yang berguna untuk melindungi pada ginjal dan hati daripada toksik.

 Antioksidan
Penelitian menunjukkan, biji kurma mengandung banyak antioksidan. Hal ini membantu melindungi tubuh yang sakit akibat stress oksidatif iaitu jumlah radikal bebas yang tinggi di dalam tubuh.

via GIPHY

Nampaknya banyak betul manfaat kurma ni. Bolehlah makan dengan kadar yang sederhana. Tak payah tunggu bulan puasa pun, kan?

Oh ya, sis lupa nak roger. Ada sesiapa yang nak badan langsing dan kurus tak? Sebab superdeals nak bantu korang dapatkan badan langsing dengan harga yang murah gila!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my