Serious?!

‘Omo’! Ini sebab pasangan romantik Korea ‘Song Song’ failkan cerai

Oleh  | 

PEMINAT drama popular Korea Descendant Of The Sun mesti tengah terkejut dan sedih dengan berita ini kan? Mana tidaknya, ramai yang menyatakan mereka adalah pasangan ‘Song Song’ yang paling secocok dan romantik abad ini.

Tapi, agensi pengurusan selebriti Korea Song Hye Kyo dan Song Joong Ki sudah membuat kenyataan bahawa pasangan itu sudah memfailkan penceraian mereka hari ini.

via GIPHY

Berita buruk itu disampaikan Song Hye Kyo melalui agensi pengurusannya iaitu Blossom Entertainment.

“Saya memutuskan untuk memulakan prosedur mahkamah perantara bagi perceraian saya dengan Song Hye Kyo. Maaf kerana menyampaikan khabar ini kepada mereka yang menyayangi dan menyokong saya,” katanya.

via GIPHY

Punca penceraian adalah disebabkan oleh perbezaan personaliti. Oleh sebab kedua-dua pasangan tidak dapat mencari persamaan, maka akhirnya mereka memutuskan untuk berpisah.

Pihak pengurusan mereka juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang bukan-bukan.

via GIPHY

Sedihnya, masih terbayang lagi meriah dan gahnya persandingan mereka dua tahun lepas. Tapi nak buat macam mana, mungkin jodoh mereka tak panjang. Agak-agak effect tak rating drama terbaharu yang tengah tayang lakonan hero Arthdal Chronicles ni? Apapun, kita doa yang baik-baik je lah ok!

Sumber: Agensi

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my