Dhia Glam

Fesyen bintang Hollywood di karpet merah Emmy Awards 2018. Onz tak onz?

Oleh  | 

DI Hollywood beberapa minggu lalu, berlangsung acara gilang-gemilang 70th Primetime Emmy Awards, di LA’s Microsoft Theatre.

Majlis anugerah yang menghimpunkan penggiat televisyen dan saluran penstriman ini meriah bukan sahaja dengan membariskan pemenang yang hebat-hebat, malah fesyen-fesyen selebriti juga mencuri tumpuan lensa.

via GIPHY

Majlis yang diacarakan pelawak terkenal Amerika Syarikat; Michael Che dan Colin Jost ini menyaksikan rancangan seperti Game of Thrones, Barry dan The Marvellous Mrs Maisel antara yang menang besar.

Jom kita tengok fesyen selebriti Hollywood di karpet merah, okay ke tidak?

 

FOTO: Getty Image

Scarlett Johansson hadir memeriahkan selain menyokong kekasihnya, Colin Jost, mengacarakan majlis. Cantik gaun petang persis Black Widow!

 

FOTO: Getty Image

Eh, dah kenapa pula ni? Nak berlari pula ke? Pelakon siri Black-ish, Jenifer Lewis mengenakan jogger, legging dan jumper berjenama Nike sebagai tanda sokongan kepada jenama tersebut selepas kontroversi Colin Kaepernick. Macam tak berapa kena, tetapi Lewis mengenakannya sebagai political statement.

 

FOTO: Getty Image

Hamil pun cantik! Bintang siri Handmaid’s Tale, Yvonne Strahovski.

 

 

FOTO: Getty Image

Bintang filem I, Tonya, Allison Janney, gemerlap dalam gaun lip lap lip lap. Nice!

 

FOTO: Getty Image

Alexis Bledel. Kombinasi warna merah jambu dan kuning memang kena di mata, tapi, err, kain kuning tu macam main tampal je?

 

FOTO: Getty Image

Jessica Biel dan suaminya, Justin Trousersnake. Eh, maksud saya, Justin Timberlake.

 

FOTO: Getty Image

Jejaka-jejaka Queer Eye bersama Tina Fey. Fabulous, macam biasa.

 

FOTO: Getty Image

Gaun Tiffany Haddish ini memang cantik, tetapi pilihan warnanya kelihatan sedikit keterlaluan. Tema pakaian pelangi kelihatan sedikit old-fashioned untuk dipadankan dalam majlis penuh keemasan ini. Sorry, Tiff!

 

FOTO: Getty Image

Gaun petang merah jambu Tracee Ellis Ross kelihatan sangat sarat dari pinggang ke atas. Tekstur fabriknya juga nampak begitu menyeksakan. Selesa ke tu?

 

FOTO: Getty Image

Bintang siri Silicon Valley, Amanda Crew dan Suzanne Cryer, mengenakan sut bercorak. Ranggi!

 

FOTO: Getty Image

Mandy Moore kelihatan agak play safe di sini: jika buntu mahu pakai apa ke Emmy, pakai sahaja warna keemasan. Cantik dan selamat!

via GIPHY

 

Apa-apapun semua bintang tetap nampak cantik dan glamorous. Applause!

 

Sumber:  Elle

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my