Be-You-Ty

Oops, ‘Miss V’ berbau? Jangan ambil ringan, sis!

Oleh  | 

‘Miss V’ berbau memang perkara biasa sebenarnya, kerana rahim perempuan memang akan mengeluarkan beberapa aroma semula jadi bergantung kepada tahap kesihatan kamu.

Tetapi, jangan ambil ringan, kamu perlu ambil tahu jenis-jenis bau daripada vajayjay kamu supaya kamu dapat kawal apa yang perlu. Ini beberapa jenis aroma yang Dhia senaraikan.

 

Berbau seperti roti basi

 

Pernah tak kamu terbau aroma seperti ini? Itu bermakna rahim kamu dijangkiti kulat yang mendatangkan rasa gatal-gatal, atau sakit ketika kencing. Jangkitan faraj selain dari jangkitan kulat boleh menunjukkan simptom yang sama. Tetapi kamu boleh bezakan jenis jangkitan dari bau yang dikeluarkan. Bila vagina berbau seperti ragi, atau roti, ada kemungkinan kamu terkena jangkitan kulat.

 

Bau hanyir seperti ikan

Jika ‘Miss V’ kamu mula mengeluarkan bau hanyir seperti ikan, ini boleh menunjukkan dua jenis jangkitan. Bacterial vaginosis yang terjadi apabila bakteria tumbuh dengan berlebihan sehingga mengganggu keseimbangan pH. Jika bau hanyir semakin kuat selepas hubungan seks, maka ada kemungkinan besar kamu mengalami bacterial vaginosis.

Trichomoniasis adalah sejenis jangkitan seksual yang senang merebak tetapi boleh diubati. Jika ‘Miss V’ kamu berbau hanyir, disertai lendir berwarna kehijauan, dan rasa sakit semasa buang air kecil, maka kemungkinan besar kamu mengalami trichomoniasis. Kalau begini jadi, kamu kena cepat-cepat jumpa doktor!

 

Bau kasturi (musk)

 

Bau ini pada dasarnya adalah bau ‘Miss V’ yang paling kuat. Ini biasanya berlaku ketika kamu berpeluh dengan banyak, memakai seluar dalam yang terlalu ketat, atau seluar dalam yang diperbuat dari bahan sintesis. Jika baunya sangat kuat, segeralah hubungi doktor kerana ia boleh menandakan vagina kamu terkena jangkitan.

 

Berbau seperti cecair peluntur

‘Miss V’ yang berbau seperti cecair peluntur, atau klorin adalah perkara normal. Hal ini terjadi kerana penggunaan kondom atau pelincir saat berhubungan intim.

 

Berbau bawang putih

Jika ‘Miss V’ kamu berbau manis atau berbau bawang putih, ia disebabkan oleh apa yang telah kamu makan. Jika kamu makan buah asam seperti limau atau nanas, bau bahagian intim kamu akan berbau manis.Sebaliknya, jika kamu mengambil makanan yang mengandungi banyak bawang merah, bawang putih, ataupun brokoli, ia juga boleh menyebabkan vagina kamu berbau seperti itu.

 

Sumber: Cosmopolitan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my