Serious?!

Orang beli barang Online, Butik Forever 21 tutup kedai

Oleh  | 

BUTIK pakaian terkenal Forever 21 telah mengalami masalah kewangan menyebabkan mereka terpaksa menutup rangkaian perniagaannya di Asia dan Eropah.

Akhbar The New York Times mendedahkan jenama tersebut mempunyai 350 kedai di 40 buah negara. Kedai mereka terpaksa ditutup akibat terbeban dengan masalah hutang selain mendapat saingan yang dasyat oleh peniaga atas talian.

“Langkah ini sangat penting untuk melindungi masa depan syarikat selain membolehkan mereka merangka strategi perniagaan Forever 21,” lapor USA Today.

Butik Forever 21 telah diasaskan oleh imigran dari Korea iaitu Do Won Chang dan isteri Jin Sook pada tahun 1984. Butik Forever 21 yang pertama telah dibuka di Los Angeles yang memberi fokus kepada remaja dan awal dewasa.

 Kedai ini kemudian berkembang dan membuka lebih banyak kedai pada tahun 2016

“Industri peruncitan telah berubah, ia bergerak ke aras atas talian,” kata anak kepada pengasas Forever 21.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my