D-Life

Orang bijak pun ada tabiat buruknya, baca ni!

Oleh  | 

ORANG yang bijak merupakan orang yang hebat dalam setiap perkara. Ini stereotaip yang sering kita dengar tentang manusia pintar. Kata orang, orang yang bijak mampu menyelesaikan masalah sendiri dan mempunyai pemikiran yang berbeza berbanding orang kebanyakkan.

Namun, orang pintar juga seorang manusia biasa. Mereka mungkin dilihat bijak dalam beberapa perkara tetapi tipu lah mereka tidak melakukan kesilapan juga kan?

Serabut

Tak semua orang yang bijak seorang yang pembersih dan pengemas. Ramai orang yang bijak mempunyai bilik atau meja yang bersepah dan serabut  kerana mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Orang bijak seperti Albert Einstein pun memiliki ruang bilik yang bersepah kerana beliau berpendapat bahawa banyak lagi masalah lain yang perlu diselesaikan berbanding mengemas biliknya.

Suka mengumpat

Kajian pernah membuktikan bahawa orang yang suka menggunakan kata-kata kesat dan kotor merupakan orang yang mempunyai kosa kata yang lebih banyak berbanding orang yang tidak suka mengumpat. Oleh sebab itu orang yang sering menggunakan kata-kata kesat ini mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dengan menggunakan kosa kata yang digunakan oleh orang yang bijak.

Sukar meminta bantuan walaupun dalam keadaan yang terdesak

Sebenarnya mitos tentang seseorang yang melakukan semua perkara sendiri menunjukan seseorang itu orang yang pintar tidak benar sama sekali. Orang yang  bijak jarang meminta bantuan daripada orang lain kerana mereka merasakan diri mereka seorang yang lemah dan kurang bijak sekiranya meminta bantuan daripada orang lain.

Sering lari daripada masalah

Kepintaran seseorang akan dilihat sebaliknya apabila seseorang itu mempunyai masalah dan tidak dapat untuk menyelesaikannya seterusnya  lebih memilih untuk melarikan diri berbanding menyelesaikannya. Ini bukan sifat yang baik. Masalah takkan selesai jika kita pilih untuk lari daripadanya. Kan?

Merasa diri tidak akan gagal

Tidak ada sesiapa pun yang boleh menjaminkan kegagalan. Kadang-kadang bila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dalam sesuatu perkara pun boleh jadi gagal. Semua bukan di bawah kuasa kita untuk mengawalnya.  Orang yang bijak sering berasa yakin dengan kemampuan mereka dan apabila mereka gagal, mereka akan mudah berasa tertekan dan kecewa.

Tak semua manusia sempurna. Orang bijak pun tetap ada kekurangannya. Jadi sebagai manusia jangan pula kita menilai seseorang mengikut perasaan kita sahaja. Be fair!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my