DhiaLova

Orang kalau dah toksik, buat apa simpan?

Oleh  | 

TAK semua orang jahat. Tak semua orang baik. Ada watak yang muncul dalam hidup kita ini memang tak ada kerja lain selain menyakitkan hati kita. Lagi tak best kalau orang yang suka sakitkan hati kita ini adalah orang terdekat. Tak kisahlah family atau kawan karib.

Sudah pasti kita akan rasa down. Daripada kita sibuk nak fikirkan tentang dia. Apa kata korang hidup je bahagia tanpa dia. Kalau boleh, korang silalah jauhkan diri daripada dia. Buat apa simpan toksik dalam hidup ini, kan?

Jadi, ini sis nak roger beberapa cara yang korang boleh buat untuk lupakan orang yang sejenis toksik.

Sibukan diri dengan benda positif

Sis, sila sibukkan diri dengan benda positif sahaja! Jangan korang pula cari geng mengumpat sana-sini. Tak ada class langsung perangai macam ini. Bergilah lari dekat taman ke atau pergi main ATV, mandi sungai ke apa. Buat je apa-apa yang boleh bikin korang happy.

via GIPHY

Bercuti

Bila sis kata bercuti, korang jangan bayangkan lepak dekat hotel lima bintang sambil goyang kaki. Korang pergi short vacay dekat tempat murah pun okay. Balik kampung pun boleh. Kalau kampung korang ada pantai pun lagi terbaik!

via GIPHY

Tambah kawan

Kalau satu kawan yang toksik dah berambus dalam hidup korang. Sila tambah kawan baru yang memberikan benda positif dalam hidup korang. Sis bersyukur ada kawan-kawan yang kaki travel, jadi kalau jumpa mesti borak tentang pengalaman mereka dan impian mereka nak pergi negara mana lepas ni. No negativity, no drama!

via GIPHY

Luangkan masa untuk diri sendiri

Bila kita dah jarakkan diri dengan orang tertentu. Mungkin ia adalah petanda kita kena luangkan lebih masa untuk diri sendiri. Buatlah benda yang korang dah lama nak buat tapi asyik tak sempat. Macam pergi ubah dekorasi bilik atau belanja diri sendiri makan dekat tempat cantik.

via GIPHY

Rancang sesuatu untuk masa depan

Korang kena motivasikan diri sendiri untuk lebih maju. Buatlah benda-benda yang akan memberikan impak baru dalam hidup korang. Macam buat proposal untuk diberi pada bos atau bentangkan idea baharu. Buktikan dekat orang toksik yang mereka bukan sesiapa dalam hidup korang.

via GIPHY

Baiklah, itu sahaja tips yang sis boleh kongsikan untuk korang. Jangan biarkan toksik dan negativiti orang luar menganggu korang.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my