Serious?!

“Orang kata saya depresi sampai buka tudung, tapi sebenarnya…” Fathia dedah sebab ‘free hair’

Oleh  | 

SEGALA tanda tanya netizen terhadap gambar tanpa hijab yang dimuat naik pelakon Fathia Latiff terjawab apabila dia memberi kenyataan mengesahkan sudah tidak lagi bertudung.

Keputusan ini dilakukan kerana enggan lagi berpura-pura dan mengakui bahawa selama ini dirinya berhijab hanya untuk menjaga hati orang lain.

“Saya sedar yang saya tidak boleh menipu atau mengongkong diri saya.

“Jadi saya ambil keputusan untuk kembali kepada diri yang asal. Saya sudah tidak boleh bertahan lagi,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar tempatan.

Bukan itu sahaja, pelakon yang terkenal menerusi drama rantaian Ariana Rose itu berterus terang menyatakan bahawa dia lebih gembira mengatur hidupnya sendiri tanpa dikongkong dan bersemangat untuk hidup setelah membuat keputusan ini.

Bercakap tentang kecaman dan tomahan netizen kepadanya. Ini jawapan Fathia.

“Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.

“Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan.

“Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat. Saya perlu masa untuk kenal diri yang sebenar,” katanya.

Semalam, Fathia pertamakali  muncul tidak bertudung secara terbuka di sebuah majlis pertunjukkan fesyen.

Sumber: Harian Metro

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my